Monthly Archives: April 2010

Perampok Tanah Air

Kini kita wajar menilai pemimpin sekeluarga— mereka yang petanya tidak terjangkit wabak pelupa. Kita perlu mendengar degupan batinnya yang insani; bakal tumbuhkah benih yang terharum di ladang sendiri? Kita harus meneliti pemimpin yang membuak mewah; apalagi yang terbukti menimbun dana … Continue reading

Posted in Uncategorized | 2 Comments

Bermenung Tentang Erti Kekalahan

Bermenung Tentang Erti Kekalahan MINGGU lalu hari kekalahan saya yang sangat memilukan.Calon matang dukungan Pakatan yang saya sokong di Hulu Selangor dikalahkan oleh calon muda dukungan Barisan. Saya bermenung lama tentang kekalahan ini. Logikanya mungkin begini: Saya mengucapkan tahniah kepada … Continue reading

Posted in politik, Uncategorized | Tagged | 30 Comments

Suara Tulus

Suara ini lembut menghiburkan dunia resah rindu diceria; bisik udara tidak terhuraikan penuh harapan di sisi doa. Suara ini tulus mengindahkan rimba damai segaran bunga; harum rasa paling mengharukan memupuk buana berhikmah hemah. Tulus hati landasan maruah, khidmat murni bakti … Continue reading

Posted in Uncategorized | 2 Comments

PELAMIN KUASA

(1) Jangan dibiar niagawan berfikir untuk murba atau digalak bangsawan memetakan hidup kita. Hemah sejarah telah mencatat hikayat perang banyak merakami watak begini yang sering menang. Menara kuasa yang diregangi niagawan lapar selalu serasi berkongsi dengan bangsawan gusar. Mereka sekedar … Continue reading

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Banyak Kuih, Banyak Puspa, Banyak Kata

JUMAAT lalu—9, April—ramai teman seniwan meraikan 75 tahun usia saya. Banyak kuih, banyak puspa, banyak kata. Tapi, sebenarnya pada malam itu, bermulanya pameran solo lukisan saya—“Kata Luhur”—di Balai Seni Lukis Negara. Di situlah segala kemeriahan tertumpah. Sepatutnya, saya gembira. Tapi, … Continue reading

Posted in Uncategorized | 1 Comment

Melalui bahasa kicau yang tangkas

BEBERAPA adegan terbaru dunia siasah tampaknya semakin surreal atau separuh hikayat. Mula jelas dan kerap terenjis—barangkali tersimbah—wang ihsan daripada dana dulang emas dalam keghairahan dan keborosan baru pilihanraya. Pembangkang, seperti biasa, terpaksa berjimat belanja mencermati dana pinggan tembaganya. Memang kempen … Continue reading

Posted in Uncategorized | Leave a comment