Bermenung Tentang Erti Kekalahan

Bermenung Tentang Erti Kekalahan

MINGGU lalu hari kekalahan saya yang sangat memilukan.Calon matang dukungan Pakatan yang saya sokong di Hulu Selangor dikalahkan oleh calon muda dukungan Barisan. Saya bermenung lama tentang kekalahan ini. Logikanya mungkin begini:
Saya mengucapkan tahniah kepada beberapa pihak yang memungkin dan memangkinkan. Pertama, sokongan Perdana Menteri ke-4 (yang mulanya dikatakan tidak akan berkempen) tampaknya meranum.

Kedua, sokongan beberapa orang bekas “tokoh” parti Keadilan yang tampaknya secara mendadak merasa tidak serasi berpakat lagi. Mereka menjerit keluar parti pada saat paling cantik—musim berkempen. Dengan begitu, sempatlah mereka membantu Barisan. Tahniahlah kerana berhasil melumpuhkan sejenak bekas partinya.

Ketiga, kerjasama segelintir kaum peladang yang tidak tersangka (kerana mereka sebenarnya telah menunggu 15 tahun) tiba-tiba menerima cek panas bernilai RM50,000 setiap seorang. (Bakinya akan menyusul—diharap tidak selambat 15 tahun lagi!) Mereka dan teman seputarnya tentunya tergalak untuk mengundi parti yang sangat mendadak bermurah hati itu.

Keempat, jentera media massa utama yang sentiasa condong sebelah—terkadang terlalu sengit. Hampir saban hari selama musim berkempen mereka adalah “pemuji” (tentunya memuji Barisan) dan “pengeji” (tentunya mengeji Pakatan). Tidak mustahil layar mega yang dipaparkan seiring corong jerit yang disediakan telah terlalu menggempitakan kebaikan budi tuannya saja.

Dan, akhir sekali—sepatutnya ini yang utama—semua wira Barisan hampir berpesta di Hulu Selangor (daripada peringkat Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri, malah bekas Perdana Menteri!) Apalagi yang kurang?—kerana setiap ucapan mereka sentiasa digandingi atau disokongi bayangan kerdipan isi dana dulang emas yang sentiasa tersedia di sisi kuasawan itu.

Sementara, di sebelah Pakatan, mereka juga berkerja keras. Saya sempat bersama Datuk Seri Anwar pada malam puncak pertama berkempen. Puisi memanglah bukan wang ihsan daripada dana dulang emas yang boleh cepat bersilap mata. Puisi selalunya adalah doa hati nurani. Ya, kalah setakat ini, tapi saya akan sedia membantu Pakatan lagi. Kepada sdra Zaid, saya ingin berjanji (maaf, terhilang pula kata Melayunya) pinjam dululah lirik Michael Jackson dalam bahasa PPSMI: “I’ll be there!”

About samadsaid

Writer
This entry was posted in politik, Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

30 Responses to Bermenung Tentang Erti Kekalahan

  1. MS MNasir says:

    kekalahan dan kemenangan bersebab…jeritan mahu pun puisi seindah mana pun tidak mampu menembusi dinding bersadur emas di rongga telinga mereka yang telah lama ditabur janji semanis selautan madu.

  2. salam tok… kalah menang adat pertandingan cuma yang kalah bukan kerana tidak kuat…kalah bukan kerana tidak usaha…hanya Allah yang maha mengetahui….kemenangan juga tak semestinya satu anugerah…jadikan perang Uhud sebagai panduan… walau pun tewas…bilangan undi tak berkurang…bertambah walaupun sedikit…tapi itu bagus menunjukkan pakatan istiqomah…cuma sedih bukan atas kalah yang diterima…tetapi pejam mata tak mahu celik orang orang kita….segan dan malu pada jiran india dan cina …ternyata mereka lebih terbuka mata … titipan yang indah buat pengubat jiwa….terima kasih tok🙂

  3. rda says:

    Banyak hikmahNya. Tuhan membantu orang yang sabar. (:

  4. zulkeflee says:

    Syabas ….. tidak sia-sia saya menyanyangi bapak dari kejauhan dengan membeli buku-buku bapak kerana bapak akhirnya sebarisan dengan saya.

    • sastraboy says:

      salam.bukannya memandai dan tunjuk pandai.

      tapi sekiranya pak samad tidak sebarisan dengan anda.

      apa jadi pada anda??

      berhenti menyokong??

      • zulkeflee says:

        Jika Pak Samad menjadi pendokong kebenaran, pasti akan disokong

        Akan tetapi jika Pak Samad bertukar kepada pendokong pendusta-pendusta…hanya kenangan yang akan tinggal

  5. hamba Allah says:

    Assalamualaikum Datuk,boleh saya hendak bertanya.kenapa WordPress ini diberinama “Hujan Pagi”?. Terima Kasih.

  6. Anak Muda says:

    Salaam.

    Pak Samad, ketahuilah, saya bangga punyai Sasterawan Rakyat. Muga akan ramai lagi yang seperti bapak. Dan muga si pengeji dan penjilat itu juga ikut serta nantinya.

  7. Shahrulrock says:

    Salam Pak Samad,
    Saya manusia muda yang membesar dan terkesan dengan karya-karya bapak.
    Hujan Pagi yang entah berapa kali saya khatam,Daerah Zeni yang sudah makin lusuh isi dan kulitnya,Adik Datang yang di dapatkan secara langsung dari bapak pada pertemuan di Starbuck KL Sentral beberapa tahun dulu dan khazanah puisi bapak yang saya failkan kemas.
    Saya terhempas, bila sejak akhir-akhir ini bapak semakin condong ke arena politik.Saya mahu-walau itu bukan upaya saya-agar bapak kekal keseorangan tanpa perlu berpencak di pentas politik.Saya mahu, seboleh mungkin bapak berkarya meluahkan resah dunia politik di dalam karya baru sehebat Salina dan sekencang Hujan Pagi.
    Maafkan saya bapak.Saya tidak menolak bapak.Tetapi bila bapak mula bertatih di dunia politik, saya mula sebak.Saya bukan penyokong dan pendokong mana-mana parti politik.
    Bapak,
    Saya mahu bapak yang dulu.Radang yang di luahkan pada tiap bait puisi dan susunan kemas tinta novelis.

    • atan says:

      Maaf, bagi saya anda tersilap. Inilah Pak Samad yang dulu dan sekarang. Semua kita kena memilih samada yang batil atau yang haq. Apabila memilih yang haq, maka menjadi kewajipan menegur yang mungkar menegakkan yang maaruf. Pak Samad telah melakukannya melalui ilmu dan kemahiran yang Allah pinjamkan.

      • Shahrulrock says:

        Saya tidak rasa saya tersilap.
        Masihkah kita ingat bila Shahnon menghantar ejekan dengan Sutan Baginda, selepas beberapa lama kemudian di susulnya dengan Shit yang membuka mata sekelian banyak manusia yang terpanah dan terhantuk dengan karya pedas beliau.
        Pak Samad juga boleh bersuara demikian, tanpa perlu menjejak kaki ke pentas parti politik.
        Suara dan impian boleh di tajamkan dengan mata pena.Goncangkan kebatilan dengan nukilan berbisa.
        Pak Samad pernah menggunakan pendekatan yang sama ketika menulis Suara Dari Dinding Dewan.

  8. Wow! Tahniah pada Pak Samad yang sudah maju setapak sesuai dengan zaman IT ini. Welcome to the club. Selamat datang ke alam maya dan menjadi komuniti blogger. I always support u 😉

  9. Cik Din says:

    Salam.

    Tidak ada kekalahan Pak Samad..yang ada ialah KEMENANGAN YANG TERTUNDA.

  10. sastraboy says:

    akhirnya.pak Samad yang tercinta sudah punya blog sendiri.boleh lah didengar suara nuraninya.biar tertulis di sini dan di baca oleh kami.

    kekalahan di dunia mungkin saja kemenangan di sisi Dia Yang Esa.

  11. fynn jamal says:

    puisi memanglah bukan wang ihsan daripada dana dulang emas yang boleh cepat bersilap mata.
    puisi selalunya adalah doa hati nurani.

    terus meluncur airmata saya, bapak.
    terus.
    kerana merasakan saya terlalu bolong untuk difahami.

  12. saya bangga dengan Datuk

  13. jeanslusuh says:

    Salam PakSamad .. suara pujangga penuh keramat .. pastinya setiap kejadian ada hikmahnya .. kita belajar dari kekalahan kan PakSamad .. insyaALLAH tidak sekarang mungkin hari mendatang kita menang berjuang .. terima kasih diatas lontaran semangat kepada kami yang masih muda dalam arus perjuangan ..

  14. dr.irwan says:

    Jangan risau, Datuk telah menang di Hulu Selngor (sekadar tidak mendapat kerusi). Btw selamat berpindah ke WordPress.

  15. ada satu harapan untuk atuk terus tidur…terus terbuai…dalam arena yang penuh ketirisan….harapan untuk atuk terus bermain boneka untuk anak anak kecil …ketahui la kebangkitan perasaan itu bukan kerana dipaksa tetapi kerana terhina atas kemegahan …kononya bak sangdewakala…tetapi katanya dianggap jenaka si penglipurlara…mana mungkin untuk terus diam…mana?

  16. Muhd Fauzi says:

    akhirnya terbukti Melayu tewas dengan suapan wang ringgit..sejak zaman kejatuhan melaka lagi kudis ini tak pernah hilang…

  17. tukul mertol says:

    salam……

  18. tukul mertol says:

    kalah bukan penyudah perjuangan
    kalah bukan bertafakur kematian
    kalah adalah menang dalam membawa perubahan.

  19. Serigaring says:

    Ternyata saya juga terkejut. Bukan dengan keputusannya tetapi seawal sebelum bermulanya kempen . Telah dampak kecutan hati BN. Awal lagi Penghulunya sudah turun gelanggang membuast promosi.Tapi orang Hulu S membuat satu perhitungan , dua tahun ujian untuk BN. Kuasa diberi untuk menuntut janji. Jika janji tidak ditepati , pihak PR tidak perlu lagi berkempen pada masa akan datang . Bukan 3 negeri , Satu Malaysia senang memilih yg wajar dan berhak.

  20. atan says:

    Membaca tulisan bapak, membawa saya melihat ke dalam dunia pemikiran bapak yang merentasi pelbagai pengalaman hidup. Makin jelas bagi mereka, Yang Maha Kuasa tidak penting, yang lebih penting ialah kuasa. Maka bagi mereka, matlamat sentiasa menghalalkan cara. Buatlah apa sahaja janji menang. Tahniah untuk bapak yang terus berjuang dengan cara bapak yang tersendiri.

  21. mie says:

    salam paksamad, orang gagah perkasa sentiasanya menang.. cool sokmo paksamad

  22. yop says:

    salam,
    apa bukti bn bagi dulang emas?

  23. nik zawawi says:

    Salam……….”dulang emas” hanya simbolik kepada harta benda,janji,wang ringgit kepada pengundi2.Hanya yang “menyuap” dan “menelan” saja tahu hal ini.Susahlah nak buktikan tapi hakikatnya boleh dilihat dengan pancaidera anugerah ALLAH.

  24. hafizi says:

    salam yop
    ‘dulang emas’ itu simbolik…
    jgn malukan bangsa dgn persoalan sebegitu
    cukup byk2 ‘dulang emas’ yg dijanjikan bn stiap kali pilihanraya
    boleh tgk kt RTM (kalau tahan boring)

  25. Kapal Perang says:

    Alhamdulillah, itu lah hanya kata2 wajib di ucapakan bagi sesiapa, Semoga Pak Samad terus di beri kesihatan. upaya dan kecukupan. I love u Pak Samad….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s