Cara Berkempen Bukan Ala Malaysia

PADA 6 Mei ini rakyat Great Britain akan membuat keputusan penting: Memperkekal pemerintahan Parti Labour atau menyingkirnya. Parti Labour (kini pimpinan Gordon Brown) telahpun berkuasa selama l7 tahun!

Saya tidak begitu terpesona dengan parti mana yang bakal menang—sama ada Parti Buruh pimpinan Gordon Brown, Parti Conservative pimpinan David Cameron ataupun Parti Liberal Democrats pimpinan Nick Clegg.

Saya hanya terpesona dengan isu dan cara ketiga-tiga parti itu berkempen.
Yang jelas, tidak terdengar munculnya calon-calon bertanda harga yang berdebar menanti untuk dibeli. Juga, turut jelas, para calon pilihanraya itu tidak coba membenam sesama sendiri melalui pembeberan kisah glamor dan songsang peribadi masing-masing.Yang diutamakan ialah soal isu penting dan landasan parti. Isu—untuk umum; landasan—untuk parti.

Khabarnya, “bahan” terbesar ialah masalah mengatasi defisit kantung negara. (Britain rasanya tidak mempunyai dana dulang emas sesubur Malaysia!). Oleh kemelesetan ekonomi dunia, lebih-lebih lagi oleh pemborosan belanja melanggar Iraq, ekonomi Britain telah menguncup dan sedang mencungap. Lalu, masing-masing pemimpin coba membentangkan peta cara dan kerja mengatasi masalah darurat itu.

Pemimpin Liberal Democrats—Nick Clegg—sedia mengikis projek mempermoden armada kapal selam Britain. Terlalu menggunung belanjanya, hujah Clegg. Ada masalah lain yang lebih utama dan mendesak—rancangan kesihatan dan pendidikan.

Dalam simpang-siur kempen khabarnya Nick Clegg sangat menyerlah. Wajahnya tampan, inteleknya santan. Sejauh ini, Gordon Brown daripada Parti Labour sempat diistilahkan sebagai petanding “yang kembali dari tanah pusara”. David Cameron pula sempat diwajahkan sebagai tenaga penentang yang titan.

Kembali kepada soal isi dan cara berkempen, tampaknya, tidak terimbas kesiasiaan atau kecurangan yang mendedah. Ketiga-tiga parti utama itu ternyata sedar akan batasan tindakannya. Parti Buruh coba “membuat” sesedikit kesilapan—contohnya, tidak memperalatkan jentera kerajaan untuk kerja kempen partinya. Malah, Gordon Brown tidak pun mengumumkan sebarang projek gergasi atau mencurahkan dana dulang emas seenaknya.bagi pemancingan undi.

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to Cara Berkempen Bukan Ala Malaysia

  1. Pingback: Tweets that mention Cara Berkempen Bukan Ala Malaysia | Hujan Pagi -- Topsy.com

  2. R.Hareez says:

    Assalamualaikum Pak Samad,
    Entri bapak yang ini mengajak saya untuk memberi sedikit komentar ringan bagi sama-sama kita dan sesiapa sahaja yang membacanya memikirkan dan mengambil tindakan bersesuaian dengan kemampuan individu masing-masing.
    Persoalannnya kini adalah, apakah tujuan sebenar parti dan ahlinya bertanding untuk menang dalam sesuatu pilihanraya itu? Untuk membela rakyat atau mahu mengekalkan perut mereka dan keluarga mereka supaya sentiasa sendat. Jika mahu membela nasib rakyat sekaligus membangunkan negara itulah yang berlaku di sana. Di sini, berani saya nyatakan, terutama UMNO/BN dan para pemimpin serta ahlinya, tujuan mereka adalah yang kedua. Bukan sahaja itu malah mereka juga mahu mengekalkan kuasa supaya tidak dirampas oleh parti lain untuk selama-lamanya jika mungkin. Mereka merampas hak orang lain tidak mengapa. Itu ideologi mereka.
    Saya bukan mahu menyebelahi sesiapa tetapi sama-samalah kita lihat mutakhir ini. Demi mahu merampas kerusi dan mengembalikan kuasa kononnya, dalam PRK Ulu Selangor yang baru berlalu, kita melihat bagaimana dengan jijiknya Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO merasuah pengundi dalam terang tanpa malu dan berselindung. Dengan sombongnya dia berkata, “Saya janji akan beri 3 Juta. Tapi kena undi BN. Jika BN menang, hari Isnin, 3 juta akan dimasukkan ke dalam akaun lembaga pengelola sekolah ini.”
    Sampai bila kita sebagai rakyat merdeka khususnya rakyat Melayu mahu melihat dan bersekongkol dengan perbuatan terkutuk pemimpin curang seperti ini dan pemimpin lain yang seirama dengannya
    Saya amat sedih sebenarnya melihat rakyat Melayu yang semakin hilang pedoman hidupnya. Demi sesuap nasi, mereka tega mengorbankan maruah dan jati diri mereka sendiri.
    “Saya seperti mati hidup balik.” kata seorang bekas peneroka Felda Sg. Buaya apabila ditanya oleh pemberita selepas menerima cek sogokan RM1Ribu seorang. Lihatlah betapa murahnya harga diri kita rakyat Melayu. Boleh dibeli sekupang tiga sahaja.
    Rakyat Melayu seperti inilah yang menyebabkan pemimpin curang bikinan UMNO/BN
    tetap bermaharajalela. Selagi rakyat Melayu hidup dengan mengharapkan belas ihsan orang lain dan tidak mengharapkan belas ihsan Allah SWT selagi itulah pemimpin politik hamba kapitalis yang bertopengkan manusia ini akan wujud melingkari hidup kita selamanya.
    Sedarkah kita khususnya rakyat Melayu, tanpa undi kita, mereka itu tiada.

  3. sastraboy says:

    semua itu rasanya hasil daripada kematangan pemikiran yang diasuh sedari sekolah lagi.

    kalau diperhati betul-betul,kalau pun Gordon Brown berani-berani mencurahkan dulang emas untuk memancing undi.Pasti dia ditolak mentah-mentah oleh rakyatnya.sebab itulah tiada siapa antara calon tersebut yang berani buat macam ‘tu.

    rakyat matang,pemimpin pun matang!walaupun terpaksa.haha.

  4. pizud says:

    aduh.. sungguh tajam dan sinis ayat pak samad.. Hamba harap Pak Najib, Pak Anuar, Pak Hadi, Pak Lim, Pak Samy, Pak Soi Lek dan segala bapak yang lain ambil perhatian.

  5. Pingback: Akhirnya, Britain ada PM baru! | myfikrah

  6. kecil hati dgn kepemimpinan penyogok. *mengharapkan ilmu mentadbir nik aziz diperturunkan,bagaimana disanjungi rakyat ,sentiasa berada dlm doa dn dekat di hati….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s