Mewah Dalam Kantung ‘EHM’

DALAM kesibukan ALIRAN acara seni, minggu lalu, alhamdulillah, saya masih sempat mengunyah buku “Hoodwinked” oleh John Perkins. Dalam buku terbarunya ini, Perkins tidak lagi menjadi “penyangak ekonomi” seperti yang diakuinya dalam bukunya “Confessions of an Economic Hit Man.” Perkins mengakui kini dia insaf akan peranannya sebagai perosak ekonomi beberapa negara membangun. Kini dia ingin menebus dosa atau—lebih cantik—ingin membalas budi.

Bagaimanakah ini berlaku? Kisahnya sangatlah panjang, cuma di sini diperpendek.

Sedar atau alpa, rupa-rupanya kita sedang “dicipta” seenaknya oleh kelompok tertentu. Negara membangun digalakkan subur melalui projek-projek mega.

Itulah antara tugas utama dan penting John Perkins sebagai penyangak ekonomi. Setelah terlatih khusus—penuh dengan amalan seks yang melekit dan melekat— Perkins berjaya memujuk pemimpin beberapa buah negara supaya garang membangun. Melalui institusinya—MAIN—dia menyediakan segala plan pembangunan yang gah, mewah dan membusung.

Oleh latar canggihnya, apalagi oleh persediaan mewahnya, Perkins berjaya memujuk beberapa pemimpin besar negara membangun supaya berhutang kepada Bank Dunia dan IMF demi pembangunan projek mewahnya. Apa yang dilakukan Perkins hanyalah meyakinkan para pemimpin besar negara mangsanya untuk “membangun” sehebat-hebatnya melalui “bantuan” atau “penyediaan” dana tanpa batas.

Projek mega itu selalunya berjaya dilaksanakan, tapi, negara yang gelojoh membangun itu tersangkut oleh limpahan hutang yang payah dibayarnya semula mengikut jadual.

Akibatnya?

Mudah saja. Negara tersebut telah lebih awal diikat oleh perjanjian membayarnya melalui hasil bumi kayanya yang ada—selalunya bekalan minyak.

Tidak payahlah diperhurai lanjut kerana kisah itu seperti kita pernah dengar dalam negeri sendiri. Ingat kisah 1001 Malam di mana dua buah telaga minyak tiba-tiba tertelan?
Seolah-olah negara kita sudahpun terjerumus hapak di bawah ketiak ke EHM—The Economy Hit Man! Tahniah, negaraku!

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Mewah Dalam Kantung ‘EHM’

  1. suhaime59 says:

    Kesilapan yang tak dapat diundur kembali

  2. mankuchai says:

    Salam,

    Teringat akan saya satu lagu lama,

    Nenek moyang kaya raya
    Tergadai seluruh harta benda,
    Akibat sengketa sesama lah kita
    Bumi dipijak milik orang…..

  3. dr.za says:

    mohon share di facebook..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s