Bumi Rezeki

Tak betul billiona tergogok—
bantah kuasawan nan belolok.
Sebab, jika itulah yang benar,
mengapa dana tampaknya segar?

Sangat keruh hujah sang kuasa;
terlalu arif berpantun lidah.
Maka, yang luhur diheboh kotor;
yang bening pula ditakbur tohor.

Bumi Cik Siti nafas rezeki
minyak mengalir tanpa royalti.
Cucu Tok Janggut saja ditekan;
sesekali diberilah wang ihsan.

Iktisad bangsa sedang terluka;
pintar dihias cantik gerafnya.
Sebenar, titis peluh rahsia:
Minyak Kelantan penyeri dana.

9—16, Julai, 2010.  A. SAMAD SAID

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

9 Responses to Bumi Rezeki

  1. Reverie says:

    memikir dan menusuk. Mohon dikongsi ya pak?

  2. mankuchai says:

    Salam Pak Samad,

    Bumi Cik Siti seharusnya dilayan sama rata.tiada beza dengan bumi-bumi yg lain,mungkin ketua Bumi Cik Siti bukan sebulu nya.

  3. annahm says:

    Saya suka, saya suka, saya sukaaa….

  4. Life Of AKU The Episode says:

    salam …pak samad…semoga terus dengan puisi yg begitu

  5. hanila says:

    sangat bermakna kepada kami kelahiran negeri Cik Siti…

  6. Abu Alex says:

    begitu bila solat sudah berkiblat ke negeri swiss; bila zakat dilunas gandar ke kota paris; tuan-tuan terus berkais; yang mendagu di serambi menangis

    demokrasi apa ini?; sedikit yang jelik perintah yang banyak; banyak yang bodoh perintah yang sedikit; sedikit benar yang cerdik; elok negeri diberi makan anjing-anjing lapar!

  7. Habib Ahmad says:

    Mengenai Kelebihan Bulan Sya’aban :

    1. Manfaatkan Sya’aban sebagai persiapan Ramadhan : http://wp.me/piAx4-2gT

    2. Amalan amalan di bulan Sya’ban : http://wp.me/piAx4-2ge

    3. Membaca Yasin 3 Kali Di Malam Nisfu Sya’ban : http://wp.me/piAx4-JV

    4. Amalan malam Nishfu Sya’ban : http://wp.me/piAx4-Ki

    5.Shalat tasbih dan shalat nisfu sya’ban itu bid’ah ? : http://wp.me/piAx4-Kk

    6. Nisfu Sya’baan : http://wp.me/piAx4-Kp

    7. Nisfu Syaaban dan Ramadan : http://wp.me/piAx4-L1

  8. nursofea says:

    bravo and betul la kata-kata pak samad tu…

  9. Abu Alex says:

    bijak Pak Habib, masihboleh dibaca komen yang dah dimoderate, dana negara bugar sihat itu yang dipekik, diri dah tuli mentah jatah ditipu dibelit, kataan begini jadi mainan penguasa hipokrit, asal kuasa kekal apa kisah jelata menjerit, bukan luak daging tekak kahak yang sakit, bila duit dalam tabung dah cukup cadangan projek mewah mereka ini jinjit! bodooo.. banganggg.. kata anjing-anjing bermuka pemimpin ini pada kita.. aku bodooo.. aku banganggg.. jawab orang macam Pak Habib

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s