Ranum Ramadan

Fajar harum, bermula salam dalam udara
yang mengkhusyukkan. Semuanya tiba
terdampar dalam sepi bermusim sabar:
Hati dan budi, didakap tulus oleh solat,
dalam gementar yang sentiasa syahdu.
Dalam nafas jerih bulan paling jernih,

amalan puasa mencabar dan mengajar.
Terlimpah sepadat makna yang perih;
kita belajar dari derita yang pedih;
dan dalam bulan ujian terlalu garang
kita masih boleh mengutip kesejahteraan.
Dongak ke angkasa rahsia mengkhayali

lapisan sfera, ke qalbu tersentuhnya
kita, digundahi kekaguman luar biasa:
Bumi anugerah Allah dan terpilih kita
khafilahnya, datang yang dianugerahi,
boleh memberi, boleh juga memungkiri,
terpulang santun memilih atau menafi.

Bulan ini memangnya saat bertafakur,
bersedia memurni diri jika bersyukur,
kerana puasa yang menguji, menjelang
Aidilfitri, nafas kudus menghening diri,
terbimbing ke batin lebih berhemah.
Terima kasih kita sepadu syahdu arah

yang memang datang seiring anugerah;
kerana manusianya kita, dan kerdilnya
di hadapan Allah, wajar bersyukurlah
setiap saat, sepurnama, penuh mekar
dalam debar, membaca setiap iktibar.
Kita beransur ranum dalam bulan mulia.

A. SAMAD SAID

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

8 Responses to Ranum Ramadan

  1. Abu Alex says:

    .. yang ranum tunggu dipetik.

  2. NAM says:

    Salam Ramadan Pak Samad,

    Moga Ramadan tahun ini, kita menjadi lebih ranum dari yang lepas2…
    Sampai bertamu lagi Ramadan tahun hadapan..

  3. nur uthman says:

    salam ramadan buat bapak dan famili..moga ianya memberi ketabahan dan sukses buat bapak berkarya walau sebesar mana halangan mendatang..insyaAllah bapak tetap dilindungi Allah swt.Wassalam.

  4. muhammad says:

    Musim Panas ramadhan sudah bermula
    Silau bagi mereka..adalah sinar bagi kami

    Salam Ramadhan Pak Samad

  5. pena alam says:

    i love u pak samad🙂

  6. shahira says:

    Salam Ramadhan Pak Samad..
    semoga ibadah puasa dapat dijalani dengan penuh ketenangan
    secebis doa aku kirim moga Pak Samad sentiasa berada dalam limpahan rahmat-Nya

  7. kzaa says:

    salam pak samad..
    saya suka benar dgn kata kata dan baik bait indah pak samad..

    take good care pak samad…

  8. Ramlee(Nakhoda) says:

    Sungguh mengharukan dalam Ramadan yang memberikan seribu kebaikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s