Mengisi Usia Di Hari Raya

TIBA-TIBA sudah 75 tahun hari rayaku. Tapi yang teringat barangkali ketika berusia 4 tahun ketika berada di Victoria Street Singapura. Kuih-muih sangat sasa dan ori—jika gula, gula yang padu; jika santan, santan yang pekat. Ketika itu tentu sajalah Aidilfitri penuh kuih dan wang-raya.

Tapi, di antara seluruh hari raya itu, barangkali yang sangat menyentuh ialah berhari raya di era Nippon-Go. Ubi kayu menjadi asas segala makanan—begitu juga dengan kuih-muih daripada tepung sagu. Di samping itu, kami dihidangkan oleh gugusan bom yang datang tanpa jadual.

Hari raya kali ini hari raya orang tua. 75 tahun—kata teman-teman yang simpatik—adalah umur yang sangat “dianugerah”. Masih boleh berjalan—beriadah—dua pusingan di Taman KLCC setiap pagi; boleh baca Quran satu juz setiap hari; dan, alhamdulillah, masih sempat berbuka dan bertarawih sepanjang Ramadan di Masjid Negara.

Sepanjang 75 tahun menghayati Ramadan dalam pelbagai bentuk meranumkan diri dengan segala keinsafan. Rezeki alhamdulillah sederhana, dengan sesekali disimbahi royalti yang tidak terfikir. Betapapun, terkadang—ada juga “kemalangan” yang tidak tersangka. “Ya, apa lagi yang Pak Samad mahu?” tanya sang menteri. Terima kasihlah dengan bahasa yang sangat santun itu. Malah terima kasih juga kerana memberitahu dunia bahawa kementerian tertentu telah “memberi” saya RM485,000, dan memberitahu buana betapa saya turut menjadi semacam “gedebeh” mendobrak Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rupa-rupanya begitulah tafsiran mudah kebanyakan kuasawan jika orang seni coba menuntut keadilan.

Tapi, dunia dan nasib biasanya mempunyai rahsia keajaibannya sendiri. Sama-samalah kita menyaksikan kerana kita tidak berhak meramalkan. Kita cuma mengisi usia dengan sebaik khidmat bagi diri dan bagi masyarakat dengan sentiasa beringat bahawa “kita datang ini kosong tangan kosong dada…bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.”

Selamat Aidilfitri!

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

11 Responses to Mengisi Usia Di Hari Raya

  1. Roslan Ab Hamid says:

    Betapa bahagia membaca catatan Pak Samad memanfaatkan masa menikmati dunia dan menyediakan diri untuk hari menghadap yang Esa..terkadang dalam hidup ini tidak ramai yang bertuah dapat menikmati hari dalam usia anugerah..Apapun kata Sang Penguasa itu, belum tentu dia dapat menikmati rasa bahagia menyumbang memandaikan bangsa seumpama yang telah Pak samad usahakan..Salam buat Bapak..terima kaseh atas kesempatan menajamkan deria rasa bersama Bapak selama ini..

  2. arif azizi says:

    😥

  3. Putra Rman says:

    Catatan yang lembut alunannya bagaikan mendengar sendiri Pak Samad berbicara, sungguh indah bahasanya =)

  4. sastraboy says:

    selamat hari raya pak samad (:

  5. suhana hamdan says:

    selamat hari raya maaf zahir batin~

  6. kakzaa says:

    selamat hari raya pak samad,
    indah sungguh bahasa pak samad
    moga2 diberi kesehatan dan sentiasa dpt mencelotehkan bait kata yg indah
    dan puitis

  7. Abu Alex says:

    tak sabar nak “dengar” lebih di Istana Budaya, jumpa di sana InsyaAllah..

    Hari ini masuk hari ketiga kebanyakan kita sambut Eidilfitri dengan meriah; saya teringat pada orang tua-tua yang sampai hari ini masih tunggu anak mereka..

    Hati sedih

    Jiwa letih

    Mata pedih

    Merintih..

    Sudah usai luput usia

    Mudah jua lupa jasa

  8. Allah.

    Segan sungguh rasanya kami yang dipanggil ‘belia’.

    Salam hormat Pak Samad.
    Selamat Aidilfitri.

  9. serimaya says:

    Salam aidil fitri,
    Indah bahasa yang di tabur dan indah lah kami yang mengutip kembangnya. moga Pak Samad sejahtera selalu.

  10. mas says:

    saya amat meminat semua hasil seni dari seorang pemuisi agung …yang menjadi edola saya

  11. mas says:

    saya amat mengagumi hasil seni pak samad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s