Diri terbijaksana juga akhirnya

BULAN Ramadan sepurnama tahun ini padu dengan ibadah—berpuasa, membaca Quran 30 Juz, berbuka dan bertarawih di Masjid Negara. Sungguh syahdu. Wayang—filem? Nihil!

Tapi, sejak hari pertama Aidilfitri saya kembali semula ke dunia biasa. Antara yang paling digemari—ya, menonton.

Benar, hampir seminggu padu, saya (dan isteri) menonton tujuh buah filem. Dua buah filem Melayu, dua buah filem Amerika, dua buah filem Hindi dan sebuah filem Cina.

Saya menonton bukan untuk dihiburi, tapi—lebih—untuk diranumi. Memanglah filem tidak akan terdaya menyalin kehidupan harian sejati-jatinya; tapi, filem, bagi saya, sekurang-kurangnya adalah salinan terdekat kepada kehidupan harian yang sudah tertapis atau didandani dulu.

Saya tertarik kepada dua filem Melayu—kebetulan kerana filem-filem tersebut ditangani oleh dua orang profesor seni. Dr. Hatta Azad Khan dan Prof. Madya A. Razak Mohaideen menghidangkan hiburan didaktik. Ada tempat-tempatnya saya tersenyum ketika khalayak berdekah. Aneh! Tapi, Senario: Asam Garam dan 4 Madu tentu saja tercipta oleh nafsu khalayak Melayu sendiri. Panggung memang kecoh oleh gelak khalayak, cuma saya kurang faham mengapa kita tidak harus menangis?

Dua filem Barat yang saya tontoni sebenarnya filem beradu tenaga dan beradu magika. Sylvester Stallone datang dengan Jet Li (melalui filem The Expandable) menggunakan sebanyak peluru, tinju dan kung-fu untuk membela seorang wanita dan sebuah negara yang mula dicemari kapitalis Amerika. Sebuah filem lagi—Resident Evil: Afterlife yang dibintangi Mila Jovovich yang ayu dan sasa—memperkenalkan kita kepada puluhan gelagat yang bengis dan magis. Saya hanya terhibur pada tempat-tempat tertentu; tidak terasa terbijaksana olehnya.

Sebuah filem terbitan Karan Johar (We Are Family) sangat menyebukan. Maksudnya, Kajol sempat menitiskan air mata saya. Sebuah filem Hindi lain—Aashayein—kurang memikat, tapi penuh berpesan. John Abraham membimbing saya ke sebuah rumah kebajikan yang dipenuhi peristiwa pilu.

Untunglah, saya sempat menonton sebuah filem Cina—Wheat—yang bergelumang seni dan falsafi. Saya terbijaksana juga akhirnya.

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

9 Responses to Diri terbijaksana juga akhirnya

  1. Mohammad says:

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Lahir dan Batin, Pak Samad Said. Selama ini saya anggap Pujangga negarawan seperti tuan hamba tak nak tengok filem fantasia.. tapi mortal makhluk seperti insan lain juga rupanya…🙂 Saya akan tengok filem-filem yang direkomendasi…😉

  2. Budakboy says:

    Salam Pak Samad, dah lama saya tak menonton di wayang…bagus juga untuk membuka minda. Salam Aidilfitri buat semua..

  3. Abu Alex says:

    aduhh.. hutan rimba yang hanya yakin diterokai oleh orang yang punya jatidiri, cukup ilmu beladiri.. budak seperti saya tak berani..

  4. fynn jamal says:

    saya akan hurung wheat secepatnya, pak.
    terima kasih.

  5. peminat filem melayu says:

    apa salahnya bergelak ketawa? kenapa kita perlu menangis?

  6. mzul says:

    sungguh benar Pak…bangsa yang sibuk dengan kehendak-kehendak tahsiniyyat bakal menemui ajalnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s