Ya, Gunung Daik bercabang tiga!

SAYA berdiri sepi dan syahdu beberapa detik coba mendengarkan dulu nafas seni seputar pentas MPO sebelum menutur “Suara Tulus”. Inilah hari pertama puisi Melayu sempat bergema di dalam dewan klasikal itu.

Memang saya terasakan sesuatu yang mendakap—entah puisi, entah diri, entah ilusi.
Dengan iringan muzik “ensemble” penuh khusyuk persembahan “Suara Tulus” bermula dan berakhir hanya sepetang (12 Oktober, 2010).

Selama lebih tiga bulan sebenarnya berita acara seni KLCC Seni Festival itu disebarkan melalui pelbagai media. Rasanya, hanya mereka yang tidak menyenangi seni saja—barangkali—yang tidak tahu tentangnya. Aneh, pada petang 12 Oktober 2010 itu rupa-rupanya agak ramai juga yang alpa tentangnya.

Dengan syahdu dan pilu yang terkadang terpisah terkadang bersatu, saya menyampaikan empat buah puisi lain—“Kita Ini Tetamu Senja”, “Rindu Ibu”, “Khazanah” dan “Hidup Bersama”. Barangkali sempatlah terpancar permata budi, tergali rahsia akhirat dan terserlah tasik harapan.

Khalayak yang santun tampaknya sabar menerima (dan mungkin cekal menerjemah) idioma dan hikmah kehidupan melalui lima buah puisi yang terkadang turut diperindah oleh iringan muzik.

Khalayak sederhana bilangannya—jumlah yang tidak memalukan. Saya kira yang datang memang tahu benar harga wang ketimbang erti seni. Malah, petang itu, paling penting, hadir khalayak yang sangat tahu nilai wang dan erti persahabatan.

Saya tidak kecewa dengan sambutannya; saya hanya kecewa dengan laungan kasih akan seni yang lebih bergaung saja.

Begitulah Festival Seni KLCC menyedarkan saya tentang siapa yang bercakap tentang kasih seni dan siapa pula yang tulen mengasihinya.

Penghargaan tinggi saya khusus kepada Foo Mei Yi dan Taheera Rosheena yang lebih memperindah persembahan “Suara Tulus”.

Ya, Gunung Daik bercabang tiga!

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

13 Responses to Ya, Gunung Daik bercabang tiga!

  1. zunaida says:

    😦

    tidak dapat hadir krna tugas….

    org makan gaji seperti saya walau hati dan jiwa membara2
    kerja/tugas itu satu amanah&tanggungjawab juga

    mungkin di lain kesempatan

  2. Sasterawan nusantara

    Pertama kali bersua denganmu
    Jalan Chow Kit persada senimu
    Ketrampilanmu sopan syahdu
    Lambang janggut gondrongmu
    Memukau mata hati piluku
    Intim rasa walau jauh hadirku
    Insan biasa tak bisa baca jiwamu
    Hanya jauhari kenal manikammu.

    • Insan Biasa says:

      Keris Warisan…Semalam tempat duduk diberikan kepada saya adalah E1…agak dekat dengan Pak Samad….Walaupun saya dan Pak Samad belum lagi berkesempatan berbicara dan beramah mesra tapi hati dapat merasakan keintiman dan ketulusan wujud antara kami. Agak lawak juga apabila di tempat kutipan tiket saya ditanya “Satu tiket sahaja? Seorang sahaja?”. Tapi saya puas. Sempat juga saya membeli naskah ‘Bisik Warna’ buat diri saya dan juga buat hadiah harilahir seorang teman yang adakalanya kami sama-sama hanyut dalam dunia sastera.

  3. SARS says:

    Walaupun saya bukanlah meminati bidang puisi, sajak ataupun yang bersangkut paut dengan sastera, namun, saya mengerti betapa pentingnya seni ini.

    Dari seni inilah juga Islam tersebar dengan begitu meluas, dengan seni teragung, Al-Quran. Dari seni jugalah, ramai yang tertarik untuk belajar tentang islam, seni akhlak. Dari seni jugalah orang ramai dapat menerima Islam, seni dakwah.

    Indahnya seni
    Diminati peminat yang seni
    Walaupun begini
    Akan tetap ku pertahankan.

    Cubaan yang tak menjadi.

  4. Hafney says:

    Saya suka puisi-puisi Pak Samad.

  5. Hafney says:

    SEPI TIADA HENTI
    By: Hafney Maulana

    Seperti tiang listrik yang gemetar di ujung malam. Kau biarkan mimpimu kembara. Melelehkan kenangan dalam dada. Dalam dada.
    Demikian deras arus sungai hatimu. Kesedihan kau simpan. Dimanakah?
    Kau tahu, tak ada airmata kutemukan. Bagai lukisan yang pecah berderai, menyepih jam, menyepih hari. Impian demi impian berlompatan, seperti anak-anak kijang melihat sehunus pisau. Mungkinkah diingat lagi?
    Apa yang akan kukatakan padamu. Bila bulan tak henti tanya, karena musim tak hendak menunggu. Tak ada yang dapat dicatat pada pucat dinding, pada kanvas usang. Hanya sepi tiada henti.

    Sastra mandiri, tbh: 7-7-10

  6. akakcomey says:

    Tak terperasan pula…

  7. anismajida says:

    i wanted to go. lagi-lagi dengan bahasa melayu saya yang makin berkarat ini, saya sangat perlukan sesuatu untuk untuk mengingatkan saya tentang indahnya bahasa kita. too bad, i stay in a boarding school, couldn’t go out on tuesday:( i think more people would come if it was on sunday or saturday:D

    Tengok langit.
    Lihat bulan seorang.
    Bulan tak perlu sedih kalau bintang tak datang.
    kerana bulan megah dan terang..
    dan ramai saja yang sebenarnya dari jauh kagum memandang
    terang bulan yang diiring gersik angin malam?

    p/s: saya suka seni anda:)

  8. Helli says:

    Salam,
    Bahasa Melayu diperlekehkan
    Oleh deme-deme yang selekeh
    Patut disekeh deme-deme ni

  9. Samsudin Abu Bakar says:

    Dua puluh tahun dulu
    aku hanya melihat dari jauh disudut Jalan Bandar
    mereka berteater

    dua puluh tahun kini
    aku tidak mampu ke Istana Budaya melihat
    mereka berteater lagi

    anak yang di universiti berjanji
    akan membawa ayah dan umi untuk melihat
    teater nanti
    atau melihat dimana mereka berpuisi

    dan aku menanti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s