Antara Saya Dan Pelajar

MINGGU ini sangatlah meletihkan. Bergerak dari Kuala Lumpur ke Kluang pada hari Sabtu, dan kembali pula pada hari yang sama, amat mengganggu. Betapapun, beruntunglah dua hari selepas itu saya sempat bersemuka dengan pelajar dua buah sekolah. Saya gemar menjawab pertanyaan yang mendobrak—khususnya tentang mengapa saya seperti menentang pengajaran bahasa Inggeris? Saya sedar masih tetap ada juara PPSMI.

Pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (Selangor) sejak awal lagi telah bertanya tentang buku “Al-Amin”. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading (Johor) pula bertanya seputar novel “Di Hadapan Pulau”.

Saya tidak terperanjat pertanyaan seputar buku-buku tersebut; saya cuma tersentak apabila diajukan pertanyaan berbau PPSMI. Saya terkenang pancutan air dan asap gas yang menyambut saya.

Betapapun, kami sama-sama beruntung. Mereka ingin tahu tentang diri dan karya saya, sementara saya memang terlalu ingin tahu tentang kegementaran pelajaran mereka. Yang boleh saya bantu; saya bantu.

Kepada pelajar sekolah pertama yang saya hadiri, saya memulakan tentang “Al-Amin” dengan memperjelas bahawa karya itu dicipta atau tercipta kerana kesedaran ukhrawi saya. Saya pernah tulis “Salina” dalam usia awal 20-an, dan tentu saja sangat serasi saya tulis “Al-Amin” pada usia 70-an.

Saya memberitahu mereka juga bahawa saya tampaknya seolah terus terhukum “non-Islami” kerana novel tersebut, walaupun saya telah menulis “Al-Amin”. Saya beritahu mereka bahawa saya terserempak dengan sebuah buku kajian Sasterawan Islam di Malaysia (terbitan DBP) yang tidak menerima saya ke dalam elita sasterawan Islam.

Kepada pelajar dari Sri Gading, Johor, segalanya berlalu sangat santai di dalam Masjid Negara. (Saya sarankan kepada guru pembimbingnya supaya pinta kebenaran masjid dulu). Sempatlah saya perhurai latar kelahiran “Di Hadapan Pulau”, malah sempat juga menerangkan bahawa sebuah karya adalah sebuah “visi” dan “harapan”.

Saya harap pertemuan antara sasterawan dengan pelajar itu sungguh bermanfaat.

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

8 Responses to Antara Saya Dan Pelajar

  1. cemburu sungguh sama para pelajar yang bisa bertemu dan berdiskusi sama Bapak

  2. Abu Alex says:

    Label bila sudah melekat amat susah untuk dilekangkan.

  3. Hanya Tuhan
    yang bisa
    arif pada hakikat.

  4. Kahar Abdul Jalil says:

    Apapun yang kita lakukan, ganjarannya bergantung kepada nawaitu. Apalah sangat pengiktirafan manusia kepada manusia lain. Redha Allah itulah yang amat penting. Bukankah begitu Bapak?

  5. nadhirah arrazi says:

    terima kasih kerana sudi hadir ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah

  6. smarties says:

    salam. saya ada pertanyaan. di mana bisa saya dapatkan buku salina tulisan pak samad? malang bagi saya selama ini hanya terdengar-dengar akan kehebatannya tanpa belum berpeluang mengulitinya lagi.

  7. nurul hidayu says:

    saya pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah.. saya sangat gembira kerana Pak Samad sudi menjejakkan kaki ke sekolah kami malah memberi peluang kepada kami untuk mengajukan soalan..terima kasih pak samad..

  8. anip says:

    dapat berborak ngan pak samad mesti sonok kan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s