Pantun Pilihan Raya

WikiLeaks jelir amat mengusik,
Si BukuQalbu, Si BukuWajah;
diri yang murba damai di tasik
mula terimbas pilihan raya.

Dalam gelita digoogle fakta,
media perdana condong diri;
apa erti SMS nan kaya
jika wang ihsan bukan royalti.

Anak merpati si anak merbuk,
mesra berkicau twitter indah;
pilihan raya jika menjenguk,
kempennya biar kerdip permata.

Nerda jantan netbook di samping,
kerlipan carta tangga berwarna;
di dalam situs setulus kempen,
usah tetiba disimbah harta.

Zuckerberg si biliona muda
bakal ramaikah antara kita?

A. Samad Said
7 Disember 2010

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to Pantun Pilihan Raya

  1. budakkilang says:

    pagi-pagi bapak berpantun,
    pantun lucu bersulam jenaka,
    dalam ketawa menyindir santun,
    berbekas-bekas debar di dada.

  2. afrina says:

    Karya Datuk yang paling up to date dan modern.
    Sangat dekat dengan teknologi terkini.
    Keep it up🙂

  3. poskad siti says:

    pagi awal muharram ni terpaksa senyum baca perihal zuckerberg and simptom pilihan raya. (sudah dekat sangat sebenarnya)

  4. Hujan pagi, rahmat turunnya
    Semangat Hijrah, seluruh dunia
    Nak pilihanraya, jangan tunggu lama
    Nanti nasib serupa mantan Perdana

    Kalau jadi, katakan jadi
    Jangan Anwar ternanti-nanti
    Era R.A.H.M.A.N alamat mati
    Di hujung tanduk Perdana Menteri

  5. siti ilmu says:

    wira bukit terus menari
    langit petang mendong salina
    maklumat kini di hujung jari
    masih terpujuk media perdana.

    tinggi rendah lantai t-pinkie
    sungai masih mengalir lesu
    harap terbuka pintu rezeki
    bahtera lama diganti baru

    maka pulanglah tetamu senja
    dimana bulan selalu retak
    hujan pagi puji dan puja
    berlalu pergi ditelan ombak

    masihkah kau ingat segala honar
    harap dendam menjadi sudah
    kalau kita di landasan yang benar
    takdir berpihak insya Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s