Monthly Archives: March 2011

Ceramah Tiga Abjad Menjadi Satu.

MERJAH menjengah ke sekeliling berpuas hati dengan kehadiran teman haiwan. Sang buaya yang selalunya terlambat, kini terawal hadir. Tig yang tidak ke balai desa, berada di sisi Sat dan Du. Bondongan burung lain yang tadinya melenggang, menjunam, kini hampir bertengek … Continue reading

Posted in Uncategorized | 6 Comments

Cubit dan Gigit Harta dan Kuasa

DI BEBERAPA negara di Timur Tengah bara pemberontakan belum terpadam. Hanya di Mesir kewarasan menghening semula. Di Libya seluruh langit masih cemar. Sejarah menunjukkan bahawa kuasa yang berakar dan harta yang membesar selalunya menjadi racun rahsia. Terkadang pemimpin hanya ternampak … Continue reading

Posted in Uncategorized | 6 Comments

Bahaya Angkuh dan Dungu

SEMINGGU ini, sedar atau alpa, kita mula banyak diajari tabii alam. Ternyata alam sentiasa patuh menaati resam natijah logisnya. Hanya insan yang sentiasa tidak sewaras itu. Insan seolah sengaja lupa belajar—atau lebih buruk, enggan belajar! Siapakah yang meledakkan bom atom … Continue reading

Posted in Uncategorized | 7 Comments

Berkelana Rohani ke Masjid dan Surau

TAMPAKNYA, saya ghairah benar berkelana budaya dua minggu ini. Minggu lalu—tiga hari dua malam—ke Brunei Darussalam; minggu ini pula—satu hari separuh dini—ke Ipoh, Perak. Kedua-dua kembara budaya ini (yang telah awal diatur), hanya sempat diisi sebaiknya setelah PTS menerbitkan semula … Continue reading

Posted in Uncategorized | 7 Comments

Tiga Hari Dua Malam

TIGA hari dua malam saya berada di Brunei Darussalam—masa yang diisi sepadatnya dengan pertemuan seramai kawan dan lawatan sebanyak tempat. Saya pernah memimpin bengkel drama di negeri bertuah ini hampir dua dekad lalu. Bersama Abdulaziz H.M. (allahyarham), kami memimpin bengkel … Continue reading

Posted in Uncategorized | Leave a comment