Ceramah Tiga Abjad Menjadi Satu.

MERJAH menjengah ke sekeliling berpuas hati dengan kehadiran teman haiwan. Sang buaya yang selalunya terlambat, kini terawal hadir. Tig yang tidak ke balai desa, berada di sisi Sat dan Du. Bondongan burung lain yang tadinya melenggang, menjunam, kini hampir bertengek sebaris di dahan. Sangatlah senang hati Merjah, lalu memulakan majlis ceramah haiwan bulanan.

“Pertama biarlah diberitahu dulu bahawa kita harus menerima setiap berita siasah sebagai muslihat,” kata Merjah. “Kandungan berita sedemikian biasa helah buruk, bukan kejujuran. Saudara Merpati Putih, teruskan!”

Burung yang sangat tenang itu memberitahu khalayak haiwan bahawa di dunia insan kini “ada pergulatan kuasa”. Dulu kelompok insan pernah menjatuhkan pemimpin melalui buku (ingat, kisah 50 dalil mengapa…) Tidak cukup dengan buku, kelompok insan menggunakan filem. Masih tidak cukup, lalu digunakan pula video. Di sinilah lahirnya tiga abjad berpadu: T—lebih tepat, Datuk T. Makanya, dunia kuasa bercelaru. Tapi, bukankah memang begitu dunia insan?” kata Merpati Putih.

“Jadi, apa kena mengenanya dengan masyarakat haiwan?” tanya Tig.
“Tidak ada kena mengenanya dengan dunia kita—masyarakat haiwan. Tapi, haiwan ‘kan belas kasihan dengan insan?” jelas Merpati Putih.

“Pendek bicara, hendaknya janganlah rakyat—rakyat di sini maksudnya insan—sentiasa membiarkan diri mereka diperbodoh oleh pembelit kuasa.”

Selesai majlis, masing-masing meneruskan dialog. Terdengar Buaya bertanya Merjah: “Kenapa doku seksual dijadikan senjata?”
Tig yang mencelah: “Doku seksual mudah dicipta. Insan kan suka keghairahan begitu: soal seluar dalam, soal tilam bertitis, soal anu.”
Merjah menjeling amaran, dan Tig pun diam. “Soal pelahap kuasa,” kata Merjah.

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to Ceramah Tiga Abjad Menjadi Satu.

  1. rockafalas says:

    Manusia yang begini lebih jahat dari ape yang kita tahu…

  2. hizwan nizam says:

    isu = hampir pilihanraya.
    terlalu biasa kot, kan Pak Samad?

  3. poskad siti says:

    lebih sedih bila ramai insan memilih untuk percaya apa juga nista doku itu.

  4. sinarbaru says:

    salam membuka kalam.
    bab8:ms32/33 mukashafah al-qulub.
    wahai pemuda yg maksiat kpd rabbul izzati,
    tahukah engkau balasan org yg derhaka,baginya neraka syair penuh gemuruh nyala api,
    dihari xblh berbuat apa lagi,
    jika tahan api neraka berbuatlah derhaka,
    jika tidak tgglknnya saja,
    atau dosa yg telah engkau perbuat,
    hapuskanlah sungguh2 dgn bertaubat.

  5. tarisianai-anai says:

    kebenaran pasti hadir.malangnya kesan siasah busuk ini akan memberi kesan pada anak-anak kita nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s