Qalbu Tidak Menjadi Lidah

Ketika qalbumu tidak menjadi lidah,
lidahmu pula enggan menjadi suara,
apakah tugasmu masih satu ibadah
atau ia sekadar, ya, sekadar kerja?

Ketika janji manismu amat berdegah,
nasib bangsa dijanji kemerlip permata;
dikau tampaknya semakin bersilap mata—
ekuiti gergasi jadi sekangkang kera.

Lima dekad kau leka enak berkuasa,
tiba-tiba kau sengaja menjerit parah.
Katamu: “Bangsamu sedang terhasak hina.”
Soalnya, kenapa kau yang memungkinkannya?

Ketika undimu terhimpun sangat sasa,
dan undi itu dikira sesedap rasa,
apakah tugasmu sebagai penguasa—
takek bahasa dan gunting lidah sastera?

Lima dekad dikau dewa segala dewa,
harum kasturi di dalam hanyir piala;
qalbumu mungkin berjaya menjadi lidah,
cuma, apakah tulus menjadi ibadah?

—A. Samad Said

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

12 Responses to Qalbu Tidak Menjadi Lidah

  1. gunting lidah sastera yang menjadi suara kita-kita..
    itu adalah kebejatan yang terpaling-paling bejat !

  2. abdul lattif mohamad ghazali says:

    assalamualaikum..ade tak cd deklamasi sajak dari a. samad said?kalau boleh,buatlah cd deklamasi..sedap dengar..teringin nak dengar a samad said deklamasi puisi al amin..dalam youtube ade jgk video2..tapi sound kurang..kalau ada cd,bolehlaa diperdengarkan kepada anak murid…

  3. hizwan nizam says:

    berjaya ke pon gunting lidah sastera?

  4. Sutera_suci says:

    Vaa vaa vaaa

    Achi hey.

    Hehe..Pak Samad, indah!🙂

  5. MyHeart says:

    Dan tercili la siapa terasa….
    Indah bahasa ada belati dihujung pena nya!

    ~~Mohon share Pak Samad~~

  6. Ahh,,, yang ini amat manis…!!

  7. pena marhaen says:

    terkesima tika membaca nukilan pak samad.

  8. orked says:

    puisi yang sungguh indah sekali…

  9. mutiara says:

    indah.
    punya maksud mendalam.

    bisakah sang penguasa memahaminya?

  10. May Leen says:

    Di mata pena ada rasa,
    tintanya siratan nan sarat,
    dicurah ke helaian makna;
    tanpa ada cela,
    yakin bijaksana.

  11. kay munawar (qubra) says:

    Rumah batu bertiang kayu
    indah dipandang hati tak duka..
    Alangkah baik orang melayu,
    mencarik pisau namun tak luka..

  12. seperti kebiasaannya
    mereka yang berkuasa
    lapangkan harta sempitkan telinga
    kebenaran campak ke telaga
    yang penting tahta selamanya…..celaka!!

    p/s maaf pak samad.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s