Hari Jadi Menghadapi Ulil-albab

SEMALAM—9 April—saya tua lagi. Bermula 76 tahun! Alhamdulillah! Seminggu dua ini akan lahir semula “Al-Amin” sebuah karya yang merakam kehidupan Nabi Besar kita. Saya pernah menekuni (menulis) buku ini selama lebih empat tahun. Terbitan pertamanya pada abad lalu—tahun 1999! Sekarang ini tahun 2011.
Kerana “menyambut” permulaan hari tambah umur, maka, entah bagaimana, sibuklah sedikit.

Paginya, saya bersarapan dengan dua orang cucu saya. Mereka datang untuk meraikan hari jadi datuknya, tapi, tahu-tahulah sendiri, harapannya yang lain. Bukankah datuk selalunya memberi—nasihat dan wang. Tentu saja yang lebih penting wang!
Selepas itu, saya dan isteri “berkejar” pula ke sebuah hospital untuk melawat anak buah yang menambah ahli keluarganya. Sempatlah saya menyaksikan bayi itu menangis, dan sebaik diucapkan nama Allah, anak itu tiba-tiba tenang. Alhamdulillah.
Dari hospital ke restoran bergaya di Ampang Park bagi makan tengah hari “Birthday Old Boy”. Dari situlah berkejar pulang untuk berzuhur sebelum bekejar lagi ke Rumah Universiti untuk meraikan kelahiran buku “Minda Tertawan” oleh Raja Ahmad Aminullah. Hadirin sungguh subur.

Kerana keletihan—dan tidak jadi menonton Ashkay Kumar di Capsquare—sempatlah saya membaca sebahagian buku mencabar ini. Ternyata Raja Ahmad Aminullah kurang senang sekali dengan iklim intelektual—kerana yang ramai intelekjual—yang tidak berani menegur kuasawan walaupun negara semakin timpang oleh pelbagai rasuah dan video “L”.

Dihidang sejemput kata-kata penulisnya: “Mereka seharusnya sentiasa mempunyai perasaan tulus dan jujur terhadap ilmu serta memiliki keberanian untuk berbicara…” (halaman 17). Maksudnya perlu ramai “intelektual”, bukan “intelekjual”. Selamat hari jadi saya!

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

20 Responses to Hari Jadi Menghadapi Ulil-albab

  1. alien says:

    selamat ulang tahun !!

  2. ws says:

    selamat hari lahir ayahanda samad. semoga sentiasa di bawah naungan kasih sayang-Nya. semoga semakin bersemangat, kuat tubuh badan untuk beribadah pada-Nya.

    amin ya rabb..

  3. Wan Iggy says:

    Selamat hari lahir. Semoga sihat & ceria selalu🙂

  4. PK says:

    selamat ulang tahun kelahiran.

  5. yuyie says:

    happy belated bday…
    :’-)

  6. sHeqa says:

    Selamat ulangtahun bapak. Semoga kekal sihat dan terus berkarya..

  7. mumtazah says:

    Selamat Ulang tahun pak.

  8. orked says:

    selamat hari ulang tahun ya ayahanda samad. semoga dikurniakan umur yang panjang lagi berkat dan berbahagia dunia akhirat.🙂

  9. mutiara says:

    Selamat ulang tahun

    moga Allah redha dgn kita semua.

    Saya memohon tunjuk ajar..

  10. FANSURI MUSHADAT ISMAIL says:

    selamat ulang tahun batang tubuh….moga batang tubuh mu sesubur minda mu yang yang sentiasa muda dan subur… terima kasih Allah kerana merahmati batang tubuh ini ….dengan minda yang kental…

  11. Salam bapak. Selamat Ulang Tahun buatmu. Semoga pertambahan usia menambah lagi ilmu di dada. Amin. (:

  12. akhyar says:

    sanah helwah pak samad!! =)

  13. salleh says:

    salam ulang tahun pak. semoga hidup dirahmati

  14. Penanggah says:

    slamat ulang tahun… smoga pak samad skeluarga sihat sejhtra serta sntiasa berda dlam rahmat Allah..

  15. Sutera_suci says:

    Salam.

    Pak Samad, selamat hari ulangtahun di jadikan.

    Semoga Pak Samad dipanjangkan umur yang berkat, bahagia dunia dan akhirat🙂

  16. wah2, tahniah bapak. moga bapak kuat dan terus berjuang atas segala naluri yang bapak rasakan haq. InsyaAllah, kami bersama bapak. teruskan perjuangan!!

    sirru ala barakatillah.

    ~anak didik bapak =)

  17. melor says:

    Selamat ulangtahun,panjang umurnya!Pak,kalo jumpa di KL SENTRAL,bisa ditegur?

  18. Sumur ladang tempat mandi
    panjang umur murah rezeki
    hidup berTuhan mengenal diri
    takut apa menyebut mati!!

  19. zulkifli says:

    selamat ulang tahun….

  20. Ayza Gursoy says:

    Selamat ulang tahun, ayahanda Samad Said🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s