Dianugerahi Usia Yang Mengharumkan

HARI ini—17 April—usia saya bertambah sembilan hari. Kini 76 tahun sembilan hari! Saya terharu dibanjiri ucap selamat harij adi daripada teman-teman, khususnya melalui BukuWajah. Ramai sungguh! Terima kasih saya kepada setiap mereka!
Sepanjang sembilan hari ini, sebenarnya saya mengkhayalkan kehidupan mendatang, sesudah menilai kehidupan lalu. Rasanya sangat dibarakahi.

Saya sentiasa menyedari bahawa insan dihadirkan ke dunia untuk memupuk diri menjadi seorang khalifah yang setia. Kita dibekalkan pendengaran dan penglihatan—dan kita dibekalkan juga sebuah dunia untuk dijelahi. (Semua ini terpesan murni dalam Surah al-Insan.) Ketika beriktikaf pada setiap Selasa dan Rabu di Masjid Negara, saya sentiasa disuburi bacaan mulia al-Quran. Pada detik-detik syahdu, saya mengimbasi kehidupan lalu sejak 1935 hingga 2011! Rasanya, saya sempat melalui gelora kehidupan yang sangat mendidik. Pernah “terjatuh” ke dalam daerah “lucah” mendampingi insan malang kerana gelora perang, saya beransur menjadi manusia perenung yang sentiasa bertanya tentang kelahiran, kehidupan, kematian. Saya memesrai Surah al-Mulk, Surah as-Sajdah, Surah al-Kahfi, Surah al-Insan dan Surah al-Waqi’ah untuk memetik sebanyak kebijaksaannya.

Saya menjadi insan yang meyakini bahawa manusia wajib mengharumkan dunia hayatnya, bukan mencemarinya. Dan di Masjid Negara, di pondok-pondok, di madrasah-madrasah, di surau-surau merata negara, saya cuba merenjiskan keharuaman itu—mengisi tanggungjawab khalifah yang teramanah kepada manusia. Saya terkenang hari-hari persediaan yang saya tekun petakan sendiri untuk memanfaati kehidupan syahdu ini. Saya berhenti makan gaji sebaik berusia 49 tahun, dan dari usia 50 ahun sehingga sekarang, saya mengisi kehidupan yang saya pilih sendiri: Menulis, membaca, mengembara di tengah-tengah ibadah yang terwajibkan itu.

Saya kira, saya tidak mencemari usia dan kehidupan.

Esok—saya berusia 76 dan 10 hari! Di samping ibadah harian yang diharapkan akan lebih khusyuk, saya akan berupaya untuk terus membaca, menulis dan mengembara.
Alangkah bertuahnya saya dianugerahi usia yang mengharumkan itu.

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

15 Responses to Dianugerahi Usia Yang Mengharumkan

  1. inspired me a lot.. insyaALLAH, bittaufiq wa an najah wa barakALLAHu laka wa baraka ‘alaika

  2. Alhamdulillahi rabb-al alamin, syabas dan tahniah dato’, pada zahir kita merasa, usia sedang bertambah, namun pada batin ; PERHENTIAN SEMAKIN DEKAT.

  3. kay munawar (Qubra) says:

    Syabas! dalam menginjak usia yang semakin ‘tebal’..perjuangan Dato masih belum selesai. Dan masih mencari siapa diri sebenar….Alhamdullilah..

  4. md yasin mohd says:

    Assalamualaikum wm Pak…

    Salam menyambut hari lahir dengan doa selamat senjahtera hendaknya.

    Wassalam.

    Yasin Kuala Terengganu.

  5. Assamualaikum Dato’,

    Harap masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari jadi kepada Dato’. Doa saya, Dato’ sihat sejahtera dan terus-menerus menulis. Wassalam – Zulkifli Salleh.

  6. alien says:

    selamat hari lahir Pak Samad.

  7. cikaja says:

    indah. cuma itu yg mampu saya coretkan. indah.

  8. Jamaludin says:

    Indah sekali ayat dan maksudnya.. Subhanallah..

  9. orked says:

    cerita yg sungguh syahdu. u inspired me. moga ayahanda pak samad sentiasa sihat, dilanjutkan usia dan dianugerahi ketenangan yg berpanjangan

  10. Salam Pak Samad,

    Sanah Hilwah… semoga sentiasa di bawah Rahmat Allah swt.

  11. adasyut says:

    assalamualaikum pak samad!

    harap masih belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat menyambut hari lahir. semoga saya masih terus berkesempatan untuk membaca dan menghayati tulisan pak samad.

    terima kasih tak terhingga.

    ^___^

  12. ata says:

    ya ALLAH, apakah aku masih punya leuang untuk bersua muka dengan Pak Samad?

    ini impian ku sejak aku mula mengenali susuk tubuh ini….demi ALLAH, aku tau setiap percaturan itu ada maksudnya…tapi, hati aku teringin sekali untuk bersua dan menyentuk kulit tua ini…mungkin di saat “nanti” Kau akan memberi peluang ini kepada aku…aku mengharap ya ALLAH…

    buat Pak Samad, moga2 ALLAH sentiasa melimpahi rahmat dan kasih sayang…buat diri dan seluruh keluarga jua….benar, teringin sekali saya nak berjumpa dengan pak…

  13. indah nya bahasa sastera🙂 terasa bahagia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s