Dengarlah, Jika Masih Ada Telinga.

KICAUAN saya (Twitter saya) minggu lalu tampaknya merdu dan nyaring bunyinya. Sangat didengar khalayak bijaksana. Saya cuma mengicau ringkas (tapi, mungkin, tangkas): DEMOKRASI. VIDEOKRASI. IMUNITI. Dan Alhamdulillah, tidak tersangka, kerdipan tiga kekata ini sangat difahami, malah diteliti. Maka, berlakulah satu dialog yang mengiktibar. Khusus tentang DEMOKRASI, misalnya, Aladdin Seagull menegur: “Demokrasi seperti di TT (Timur Tengah)?”

Psychedelic Fadly menyarankan: “Perlu revOlusi”, yang cepat disanggah Effendi Johor dengan; “Tak perlu revolusi. Hanya transformasi dari segi pemikiran.”
Aladdin Seagull cepat menegur: “Revolusi sampai kena bom?”

Dan terpulanglah kepada umum untuk menghakiminya sejujur atau setohornya.
Kekata VIDEOKRASI ternyata sangat difahami. Contohnya, Izzat Amir Hamid meledakkan hanya satu kata: Korapsi. Tapi, Aladdin Seagull menjawab lagi: “Dah ada SPRM kira OK juga!” Tiada yang menyampuk. Sebaliknya, muncul kembali kesan VIDEOKRASI dari Abd Rahman Kamir Yaacob yang bertanya: “…Apa mungkin maruah kita boleh dipertahan dengan Videokrasi ini?”

Med Daiyon cepat menjelaskan: “Videokrasi=cara terbaru untuk demokrasi mengaut imuniti.” Maka, tersingkaplah rahsia di sebalik langsir “imuniti” itu. Maksudnya, ada semacam tafsir kongkalikung oleh kuasawan. Ada yang “keruh” dimurnikan, dan ada yang “murni” dikeruhi.

Reaksi selanjutnya bolehlah disimpulkan melalui ayat sinis yang panjang daripada Mohd Zaud Zaidi yang berkata: “Salam, sebab dipimpin oleh orang yang tidak bertakwa…membelakangkan hukum Quran dan Sunnah dan mengagungkan hukum penjajah…”

Tidak payahlah saya mengulasnya. Cuma, saya berharap masih ada segelintir kuasawan yang sedia tekun mendengar suara-suara kecil yang waras ini, kalaulah mereka masih ada telinga. Lebih-lebih lagi kalaulah mereka masih waras!

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

11 Responses to Dengarlah, Jika Masih Ada Telinga.

  1. kalau pun ada telinga Pak Samad, mungkin sengaja dibiar tuli.
    Assalamualaikum bapak. semoga sentiasa bahagia dalam hangat dakapan rahmat Tuhan.

  2. hizwan nizam says:

    hilang populariti kot, bapak?
    terjun pulak jadi penerbit filem kualiti rendah =)

  3. suhaimi atoh says:

    telinga utk mendengar n akal utk berfikir itu anugerah dr_Nya.. lumrah lah manusia yg pekakkan telinganya n butakn mata fikirnya bla bicara dr manusia lain itu yg lbh bisa kuasa dr hukum Allah..

  4. Rashidah Anali says:

    assalamualaikum Pak Samad. Rasanya, banyak telinga yang mendengar, banyak mulut yang berkata, tetapi tidak ramai yang bersuara kerana takut…kalau hanya mentimun, menggolek terluka, digolek pasti pecah…

  5. hubbiey says:

    Salam bapak! mungkin mereka masih ada telinga tetapi “Waras”nya entah hilang ke mana.

  6. riffzam says:

    untuk mendapatkan imuniti dikatakan perlu melalui demokrasi dan kini untuk mendapatkan demokrasi perlu membina sebuah videokrasi.

  7. maw says:

    tepat sekali dan sememangnya benar surah al baqarah ayat 18 yang bermaksud mereka pekak mereka bisu mereka buta maka mereka mereka tidak dapat kembali[kejalan yang benar].

  8. Melor says:

    Kalaulah yang masih ada telinga waima sebesar kuali itu tapi dibiarkan tuli, yang punya mata juga tak bisa melihat semesta. terhasillah videokrasi korup. terserah siapa mahu jadi tuli,siapa mahu jadi bisu,siapa mahu jadi buta.

  9. pena marhaen says:

    tiada gunanya akal,mata mahupun telinga jika nafsu menjadi raja.

  10. rara says:

    selagi tidak mereka tunduk pada apa yang Allah gariskan, selagi itu mereka tak layak memimpin

    tapi sayangnya,

    masih ramai diluar sana yang khayal,

    masih enak melihat penipuan terang-terangan.

  11. bc says:

    Pak Samad,

    As always, the poetic beauty of each string of words that springs from your heart is captivating. Even a word that usually whispers, measured with the depth of your wisdom, sounds like a loud shout.
    At the end you have made an appeal for sanity to those who lead us. Yes, we want them to reclaim that which they had said they possessed when they came asking us for support. Courage to be true and honest to the desire of the people. But they have been so tainted with the intoxicating fumes of power. Do they listen anymore? Let’s hope, there are still some who do.

    Thank you. It’s great to be able read your words again.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s