Monthly Archives: June 2011

Isra’ Mi’raj

Amat mendadak segala berlaku, setiap detak dihayati Nabi, pemandangan yang bercerita, dalam tamsil atau di luarnya, semua mempunyai makna bagi Nabi dan umatnya – semua dinikmatnya. Malam Rejab dua puluh tujuh, terpilih dan dianugerah, malam tuah kembara kilat yang amat … Continue reading

Posted in Uncategorized | 4 Comments

Penyair

Kepada setiap penyair gundah daun gugur pun sentiasa indah. Benih Harapan 1973

Posted in Uncategorized | 13 Comments

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara— kita laungkan juga pesan merdeka: Demokrasi sebenderang mentari sehasrat hajat semurni harga diri. Lama resah kita—demokrasi luka; lama duka kita—demokrasi lara. Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi; suara bebas yang utuh, kita idami! Dua abad lalu … Continue reading

Posted in Uncategorized | 24 Comments

Teks Ucapan Penuh Pada Malam Pelancaran Bersih—19 Jun, 2011.

“Murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan. Kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi? Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang … Continue reading

Posted in Uncategorized | 73 Comments

RANDAI KERA

Setelah tumpas tujuh undi atas bukit calon bersepi memarakkan unggun kata: Bahasa kempen makin berhias janji; kerlip loket kerlap rantai kaki. Terkadang ia teka-teki amat peribadi; digoreng ikan kering terhidang ayam garing. Terkadang teka kata purba ia, terjawab pun masih … Continue reading

Posted in Uncategorized | 7 Comments

Khabar Panas Dari Hang Bayan

KALI ini pertemuan mereka disertai oleh Hang Bayan yang terbang khusus dari Rajghat di India. Hampir ke semua masyarakat haiwan sedia menunggu resah sejak awal lagi—ada yang seawal tiga jam. Sat dan yang Tig sedang berbisik sesuatu meneliti sesama sendiri—resah … Continue reading

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Dialog Agama dan Kuasa di Taman Kereta Api

HANYA sehari suntuk saya berada di Butterworth dan Alor Setar secara bergilir Ahad lalu. Naik kereta api malam pergi balik—pergi malam Sabtu, pulang malam Ahad—harga tambangnya seperti harga sewa dua malam di bilik hotel selesa. Sempatlah menghadiri sebuah majlis kahwin … Continue reading

Posted in Uncategorized | 4 Comments