Teks Ucapan Penuh Pada Malam Pelancaran Bersih—19 Jun, 2011.

“Murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan.

Kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi? Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela?
Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni.

Kita sedar bahawa jalan ini tidaklah mudah. Maka itu, kita menjadi lebih berazam. Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal. Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan “siasah” yang sangat bercita-cita buruk. Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat.

Kita tidak begitu. Kita ingin memperbaiki jentera demokrasi agar lebih berhati nurani.
Kita tidak menginginkan demokrasi yang kasar dan sombong; kita merindukan demokrasi yang tulus dan betul.

Inilah gerakan kita yang, sayangnya, terpaksa bermula di tengah keangkuhan kerajaan yang merasa segala-galanya sudah betul, malah sudah syurgawi, di tanah air ini. Kita sebenarnya masih dalam derita yang terus dicipta oleh tangan kasar berhati angkuh yang sangat bercita-cita.

Kita merindukan suara kuasa yang waras dan insani; suara pembimbing yang ikhlas dan mengerti. Kita tidak memerlukan suara angkuh dalam era yang sudah terlalu lama sombong ini. Kita mengharapkan tangan kuasa yang berhemah, sedia memimpin dan berdamai, turut bantu mencipta iklim demokrasi yang harum.

Memanglah kita mengkhayalkan dunia indah itu, walaupun kenyataan yang terserlah dan mengembang kini sedang menunjukkan di atas kepala kita sentiasa sedia terapung awan kelam yang menjanjikan tofan.

Jikalau berlaku, kita bukanlah kelompok manusia yang gamam berlari; kita, sebaliknya, adalah manusia yang cekal berdiri. Kita ingin memupuk demokrasi yang lebih berhati nurani.

Dua ratus tahun dulu seorang tokoh kecil Sam Adams, dengan kelompoknya yang kecil juga, telah mencurahkan teh ke dalam laut di pelabuhan Boston, Amerika. Kata Sam Adams: “It does not require a majority to prevail, but rather an irate, tireless minority keen to set bushfires in people’s minds.”

Kita nyalakan unggun api itu pada malam ini!”

(Perhatian: Kerana dibataskan masa hanya seminit seorang, maka saya yang mewakili GMP, hanya sempat membacakan dua perenggan terakhir teks ucapan ini.—A. SAMAD SAID).

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

73 Responses to Teks Ucapan Penuh Pada Malam Pelancaran Bersih—19 Jun, 2011.

  1. semakin lama semakin celaru. mana satu putih dari yang hitam. dikaburkan atau mata dah kabur.

  2. farveen says:

    beautifully said, with full of sincerity, tuan…thank u, thank u, thank u for being honest🙂

  3. ahmadyani says:

    Semoga api itu dapat menginsafkan kuasawan yang menganggap kuasa itu hak mutlak mereka. Jika mereka masih bermaharajalela tanpa insaf, biarkan api itu terus membakar.

  4. x sangka datul pon sokong bersih….kita akan terus berjuang untuk demokrasi yg tulus dan tulen

  5. saypocek says:

    piece rakyat maraen

  6. Rohaizad says:

    “Kita tidak begitu. Kita ingin memperbaiki jentera demokrasi agar lebih berhati nurani.
    Kita tidak menginginkan demokrasi yang kasar dan sombong; kita merindukan demokrasi yang tulus dan betul.”

    Semoga demokrasi yang adil kami rakyat Malaysia impikan tercapai.

  7. izam says:

    seronoknya membaca tulisan a.samad said…rindu pd beliau..tulisannya sentiasa menyentuh..semoga api terus membakar dan membara..

  8. moom says:

    the blind eyes, only still supporting evil

  9. Jasmine says:

    Thank You for sharing your wisdom and inspiration, Sir.

  10. Azrul Aloy says:

    indah dan membara…

  11. akmal says:

    Tulisan dan pendapat seorang sasterawan yang berbau hasutan. Tunjukkan mana yang kasar dan mana yang halus, mana yang berkerikil dan mana yang mulus. Apakah negaraku juga akan melahirkan seorang sasterawan berideologi marahaenis, murbais atau sosialis yang berhujung kepada komunis.? Apakah api itu membara akan mendatangkan kedamaian dan kesejukan? Bukankah ia akan membakar dan membakar dan membakar sehingga negara ku yang kecil ini hancur menjadi abu? Ya Allah, berilah mereka hidayah.

    • Anak bangsa biasa says:

      Fikirkanlah, kenapa Sasterawan tua, tak bercita-cita politik atau kuasa mahu menghasut? Menghasut atau bercita-cita murni dengan memilih perjalanan yang lebih sukar demi kebaikan jangkamasa panjang generasi akan datang? Bukan kebaikannya tetapi demi menegakkan yg hak. Kenapa anda pilih hasut sebagai niatnya? Ternyata telah dibutakan media arus perdana yang diperkuda dan disalahguna oleh mereka untuk terus berkuasa. Tuduhan agen yahudi, hasutan kritsian, komunis dsbgnya dilemparkan untuk mengkabur dan dicipta bagi mereka menunggangi sentimen popular yang jahil semata-mata. Ini antara cara halus mereka untuk terus berkuasa, yang menjadikan kita bangsa yang kebas! Itu baru isu media arus perdana, belum lagi salahgunakuasa dan double standard polis, mahkamah, SPRM dsbnya. Belum lagi jutaan duit rakyat yang digunakan sewenang-wenang untuk manfaat apa/siapa? Jangan pula guna rethorik ”perlu bersyukur dgn apa yg ada”, kerna syukur tidak menghalang kita berusaha kearah yg lebih baik. Ya Allah, berikanlah mereka yg buta ini hidayahMu…

      • emcube says:

        amin amin amin ya rabb…

      • Wak Domo says:

        Jika beliau juga seorang politikus OK. Ini beliau hanya seorang pemikir (tak bertauliah) dan penulis. Berpolitik tak sama dengan menulis. Jiwa penulis halus; jiwa politikus asyik nak ganyang! Mana boleh duduk se perahu.

  12. Desparate For Unity says:

    Terima Kasih !!!!
    Saya lihat Api Perpaduan sedang membara !!!

  13. Jin says:

    saya seorang pelajar yang telah mengkaji hasil karya A.Samad Said.Walaupun begitu,saya sentiasa kurang menghormati penulis-penulis novel tetapi hari ini,saya telah dibuktikan bahawa penulis novel,A.Samad Said memang berwibawa dan berwawasan.Terima kasih tuan.Kita golongan belia, akan memperjuang keadilan juga daripada kroni-kroni kuasawan jahat itu

  14. teramat berharga dan bahagia sungguh kiranya A.S.S ini bisa menghantar sepatah sms ke 0138338391.. selama 3 abad aku di dunia ini tidak pernah bertemukan pembakar semangat puisi yang murni..

  15. mega says:

    masalahnya orang2 yang di belakang bersih itu sendiri dicurigai kebersihannya. Adapun dari segi politik, peribadi dan moral….persis kata2 lama… lari dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya. Kata orang kuku besi, tapi belum apa2 lagi dia sudah kelurkan kuku besinya

  16. Anak kecil says:

    Tetapi kenapa demokrasi itu harus dijalanan?Menghimpit suasana dan ketenteraman semasa, sedikit rezeki dicari oleh kami bukan suara sumbang yang mahu kami dengari…kami mahu meneruskan hidup dengan aman tetapi kenapa diganggu oleh orang yang tidak pernah bersyukur atas kehidupan semasa..manusia tidak pernah puas dan tidak pernah menghargai…kenapa ini harus dilakukan…menganggu kehidupan manusia lain..kita mahu suara kita didengari tetapi adakah kita mendengar suara kecil manusia lain yang mahukan keamanan..
    Adakah kita tidak berdosa menganayai perjalanan kehidupan orang lain pada masa itu…kita mempunyai medium yang pelbagai untuk menyuarakan bantahan…tetapi bukan dengan cara ini untuk meraih simpati…kita bertindak secara matang bukan secara emosi…apabila ego dan nafsu menguasai diri maka pupuslah akal yang yang diciptakannya…renung2kan…

    • Wondrous Sage says:

      Maaf kerana menyampuk, masalahnya, medium apakah lagi yang boleh digunakan apabila medium sedia ada tidak dipedulikan dan tidak dilayan, malah diperlekehkan serta ditolak mentah-mentah dan dihalang daripada tersebar? Patutkah kezaliman dibiarkan berterusan ke atas kita? Mungkin kita tak terkena tapi bagaimana dengan mereka yang teraniayai, patutkah dibiarkan agar periuk nasi kita tidak terjejas? Bagaimana pula kalau kita sendiri yang merasainya sendiri, patutkah kita berdiam diri? Keamanan apakah yang dimaksudkan yang ingin kita kecapi? Kemanan hakiki merentas samudera atau keamanan bayangan ilusi pada hati yang buta?

      • anak kecil says:

        Adakah kita pernah menggunakan medium tersebut secara betul atau mengikut prosedur yang sewajarnya?Kita boleh membuat bantahan seperti memorandum,surat menyurat terus kepada perdana menteri, Facebook PM, perhimpunan di Stadium secara aman dan banyak lagi….Tetapi kenapa dijalanan?Menganggu orang lain mencari rezeki dan menghalang manusia lain dari meneruskan kehidupan seharian?Adakah kita berfikir kesannya?Kesesakan lalu lintas dan membuat orang lain marah dengan kacau bilau akan akan menjelma…kenapa perlu menjerit dan berteriak untuk menyuarakan bantahan…adakah bila kita berteriak dan menjerit atau melaungkan emosi dan amarah masalah akan selesai…tidak berfikirkah kita orang lain yang mahu memulakan kehidupan seperti saya yang masa depannya belum terjamin dan sedang mencari makna kehidupan akan terpadam dek kerana rusuhan dan kekacauan akan berlaku…berilah peluang kepada kami untuk meneruskan dan memulakan hidup…jangan musnahkan impian dan masa depan kami…kami mahukan keamanan dan kami tidak mahu rusuhan kaum berlaku…tidakkah kita berfikir apabila rusuhan berlaku maka peluang pekerjaan kepada kami akan hilang dan proses untuk memulihkan ekonomi akan mengambil masa yang lama…adakah kita mahu kami semua akan meminta sedekah selamanya…mungkin anda sudah berkeluarga dan berkerjaya tetapi bagaimana dengan saya yang mencari dan baru memulakan kehidupan….adakah kita semua mahu menghapuskan kehidupan orang lain seperti kami…sanggup kita semua mengganggu periuk nasi orang lain seperti saya yang mahu meneruskan hidup…keamanan sekarang yang saya mahukan…kezaliman?siapa yang dizalimi…adakah rakyat atau individu tertentu yang kita maksudkan….adakah kita tidak zalim menganayai suasana aman semasa dengan kekacauan yang akan berlaku???tidak kejamkah kita menganggu kehidupan dan perjalanan orang lain…saya bersyukur selama ini kerajaan sentiasa memberi peluang dan bantuan kepada kami untuk belajar….dunia semakin mencabar dan kalau tidak kerna kerajaan saya tidak akan sampai kepada keadaan sekarang…bertindak secara profesional dan dengan adat ketimuran..jangan bertindak seperti orang yang tidak mempunyai pegangan dan maruah diri…jangan mudah kita diperalatkan…renungkan2…

      • duniahina says:

        anak kecil,
        mulut mengiya akan tetapi hati merana,
        menyokong tetapi luahan tetap menghina.

    • rara says:

      mengapa dijalanan?

      kerana bukan semua suara kita dibenarkan kita ke depan, walau ia benar. medium mereka terkadang hanya sekadar hidup tapi tak bernyawa.

      kerana rakyat perlu mendengar untuk celik mata. supaya terlihat kebenarannya.

      kerana perlu diperjelas apa yang perlu kita perjuangkan supaya anak-anak tepi jalan yang tidak mempeduli dunia sedar perlunya dia wujud sebagai pembela.

      dan yang cuba diraih bukan simpati.

      mesir sebagai contohnya.

      ya, kita tak dikejami seperti rakyat di sana, kerana mereka dikejami secara kasar dan dapat dilihat mata kasar. mungkin terlalu kasar untuk mengatakan kita dikejami, cukup sekadar kita tak diadili.
      tidak diadili dengan corak pimpinan yang diredhai Dia sehingga kita tersepit untuk memilih siapa yang layak melunaskan hak kita.

      • anak kecil says:

        Ceritakan kepada saya suara yang bagaimana kerajaan tidak dengari…kemahuan apakah yang kita ingini…bagi saya memang perlu rakyat mesir memberontak cuba bayangkan gaji profesor hanya RM800.00 jika nak diandingkan dengan gaji profesor kita di Malaysia…tidak kasihan kah kita dengan penoreh getah yang kini menikmati rezeki yang mewah hasi daripada keamanan semasa…tidak zalimkah kita apabila rusuhan dan kejatuhan kerajaan berlaku maka kesenangan dan keselesaan mereka akan terhakis…tidak zalimkah kita menganggu mata pencarian orang lain…renung2kan…tidak kejamkah kita bila orang seperti kami yang mahu memulakan kehidupan terbantut dek kerna kekacaun ini..tidak kesiankah kita pada kami semua yang baru hendak memulakan kehidupan..jangan kerana kerasukan dan keinginan individu tertentu kita sanggup memusnahkan berjuta lagi impian rakyat malaysia termasuk kami semua….renung2kan…

      • emcube says:

        Anak Kecil, (June 28, 2011 at 9:11 pm)
        memang benar awak terlalu kecil, masih berhingus lagi agak nya untuk memahami….

      • aisyah says:

        anak kecil..

        memang masih berhingus rupanya..

        hahaha.. kau pergi tengok balik ape tuntutan BERSIH 2.0.. ada dia cakap nak tumbangkan kerajaan? xde. maksud perhimpunan BERSIH pun xtahu ape.. nak cakap lebih! kaji & selidik betul2 dulu..

        baca dari dua-dua sumber, pro kerajaan dan pro pembangkang. kemudian, kau nilaikan & fikir sendiri.. belajarlah jadi dewasa yang berakal wahai anak kecil..

    • spongebob says:

      Maaf tetapi jika saudara lihat, yang membawa ketidaktenteraman kepada rakyat adalah pihak polis sendiri. Kami hanya berhimpun, malah perhimpunan sedemikian mampu menjada lebih banyak pendapatan kepada peniaga-peniaga setempat. Tetapi apabila pihak polis campur tangan dengan pancutan air dan macam-macam lagi, itulah yg menyebabkan ketidaktenteraman itu. Sepatutnya polis menjaga keamanan dengan memerhati dan memantau sahaja tetapi tidak. Dimanakah betulnya disitu?

      • Sekadar barsuara says:

        Hoho apabila saudara si kecil menyatakan pendapat, segera sungguh diherdik dengan panggilan berhingus. Nampak sangat saudara-saudara di sini juga tidak mengamalkan kebebasan bersuara. Bukan kah pendapat bersuara hak masing-masing? Apakah hanya pendapat saudara-saudara sahaja yang betul? apakah saudara si kecil tidak memahami atau saudara-saudara sekalian yang mengherdik tidak memahami? apakah Tuan-tuan yakin seyakin-yakinnya tiada niat nakal disebalik Bersih? Ada benarnya juga pendapat saudara si kecil. Bagus juga untuk direnungkan. Percanggahan pendapat adalah rahmat sekiranya masing-masing sudi memahami antara lain.

  17. Anak bangsa kecewa says:

    Sungguhku tidak mengerti dengan sasterawan ini…kenapa mesti dikeji dihina yang mentadbir dengan keringat mereka?Adakah semuanya sama seperti yang disangka?Sebelum kita mengiakan pihak yang disebelah dan mencerca yang sedang memerintah, kenapa tidak dipilih jalan yang lebih indah?Kenapa mesti bergelumang dengan politik kotor..kerana jika yang di kanan dikatakan kotor,apa bezanya yang di kiri?Tetap gilakan kuasa bukan?Sekurang-kurangnya nasib bangsa masih lagi baik pada hari ini kerana yang mentadbir tidak menjual maruah bangsa majoritinya.Kenapa di katakan BERSIH mewakili rakyat seantero Malaysia sedangkan di parlimen sana terdiri dari mereka yang kanan yang dipilih secara demokrasi? Itulah majoriti, di parlimen sana. Bukan di jalanan. Dan dipohon sekali ini, janganlah tuan melibatkan diri dengan parti politik, sudah sedia maklum politik itu kotor. Jika mahu bergerak, bergeraklah bersama badan bebas yang tidak ke kiri dan tidak ke kanan. Kecewa melihat sasterawan dipergunakan begitu rupa.

    • musafir says:

      awak ni banyak baca Utusan Malaysia ni.

      • csc says:

        perfect reply

      • Ms Z says:

        haha nice.

      • me. says:

        musafir,
        either utusan malaysia,
        or suara keadilan,
        we SHOULD read both.
        barulah kita tak bias.

        then,
        guna AKAL yang ALLAH cipta,
        nilai yang mana baik dan buruk,

        YANG TERLALU YAKIN DENGAN APA YANG KITA PERCAYA.
        bersederhanalah!
        dan yang paling penting,
        jangan hidup dalam penafian.

      • musafir says:

        @ me

        Saya membaca, saya juga melihat. Situasi yang busuk itu terjadinya di sekitar saya, bapa saya, Jadi menilai itu lebih mudah; tidak perlu bukti akhbar A atau B. Saya tidak pula berniat untuk menghasut tuan membaca A atau B. saya berfikir, tuan juga berfikir. Janganlah kita pandang rendah pada orang. Menyuruh orang berfikir kadang-kadang tidak terkesan. Mari berfikir sama-sama.

    • anak kecil says:

      Saya setuju pendapat anda (anak bangsa kecewa)…

    • adam11 says:

      aku pun heran jugak dan tak mengerti dengan sastrawann tu……

    • emcube says:

      bagaimana nak harapkan perlimen kalau di sana banyak wakil pos, bukan wakil rakyat??. Memang ANak BAngsa Kecewa ini ialah hasil indoctrination Utusan Meloya….

    • aisyah says:

      haih~~

      ni asyik tengok tv3 je ni..

  18. he live longer than us. dia makan garam dulu kata orang tua2. dia itu ada sebelum kita, menyaksikan satu persatu tangan merobek demokrasi. dia itu orang nya bukan politikus, bukan mencari kuasa dan harta, jangan kau terpedaya berita pesimis dengan kuning. ugutan dan ancaman itu mainan mereka yg kotor xmahu disucikan…

    • seluar says:

      setuju.
      Pak Samad pernah lihat Jepun datang.
      Kebanyakan kita hanya baca dari buku teks sekolah.

      • adam11 says:

        Kau orang hayati sebuah trajidi ditanah melayu dizaman sewaktu petualang ,BINTANG TIGA ( sejarahnya kalu dak tahu,kau tanya Pak Samad…..
        Kisahnya begini :
        Di tengahari bening seorang guru berbasikal untuk balik kerumah selepas mengajar….
        Perjalanan beliau terhenti apabila tiba tiba disergah dengan kasar ,”eh melayu! turun aku nak basikal nin !”Beliau kenal sangat orang itu,seorang kawan yang sama sama pernah minum dikedai kopi sebelum jepun masuk ketanah melayu.Tetapi dihari itu ketika petualang Bintang Tiga sedang berusaha merampas kuasa pula ,nasib beliau sudah berubah…Begitu cepat kemerdekaan ditanah air sendiri mahu direntap.Kerana terkejut oleh perubahan itu beliau cuba bertanya dengan kehairanan dengan menyebut nama kawan beliau, (bukan bangsa melayu ) yang sudah jadi sombong dan ganas itu ,”Eh…..kau dak kenal aku ke ?bertanya beliau masih dalam nada mesra.
        Aaah sekarang aku kuasa…..aku peduli apa sama kau !TURUN !begitu manusia petualang itu sudah mula menunjukkan taring nya.Kerana akur dengan keadaan dimasa itu beliau terpaksa akur dengan hati yang penuh kesal dan marah……..

        Direngkaskan cerita,apabila Petualang Bintang Tiga menyerh diri dan negara kembali aman ,ditakdirkan Allah beliau terserempak lagi dengan manusia petualang tadi…..apalagi penampar jepun buat pelepas geram dan maraaah.

        (ini kisah benar bukann sajak dan sair rekaan )

    • Ms Z says:

      setuju!

  19. Ilham Kasih says:

    hanya org yg buta dan pekak shj yg masih lagi tidak sedar dengan apa yg sdg blaku di negara kita skrg ini …segala yg berlaku adalah ketentuan Allah..berdoalah kita agar segalanya berubah dengan aman dan sejahtera…

  20. Azman Nizam says:

    Semangatku terus membara dan membakar! Terima kasih Datuk.. cetusan jiwa Datuk menjadi teras perjuangan kami menujui sistem demokrasi yang utuh!

  21. ifahmi21 says:

    Indahnya bahasa..SubhanAllah…Semoga Allah Taala mengurniakan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dan mengharmonikan serta membersihkan masyarakatnya zahir dan batin..

  22. adam11 says:

    Buat,

    buatlah kalu mun rasa nak jugaak

    kalu mun buat,mun memang degil capur babil IKUT

    NAFSU SERAKAH…TAK BERSIH

    kalu mun marah dak apa,bule kalu ada yang dak kena

    cakap denge molek biar ada iman

    jangan DITUNGGANG SYAITAAAAN…

    MUN SUME DAK SEDOR KE ? IBLIS DUK TUNGGU ISLAM DAN MELAYU TUMBAAANG.!

    Memang gah konon jadi pejuang
    bersyarah lantang pukang
    berceramah panjang mengata dulang
    sekejap haram sekejap halal amenda tuuuuu awang
    bersajak pulak bukang bukang
    memang enak,lunak bersenak
    petriot amenda tu………kalu sekadar meniup api untuk membakar bumi yg kau pijak,
    sampai senja kau dibumi ini……
    akhirnya kau tewas…..kau lupa!KAU HANYA BERSAAAAAAJAKKK.

    SEMOGA ALLAH HINDARI SEGALA MALAPETAKA DIBUMI MALAYSIA DAN BUMI ISLAM SEMUANYA.YA ALLAH JINAKKANLAH HATI HATI MEREKA SAUDARA SAUDARA KAMI YANG SEDANG MENGGILA DAN SEDANG DIRASUK KEMUNCAK KEMARAHAN DAN KEKECEWAAN….MEREKA SEDANG MAMAI TIDAK DAPAT MENGENALI LAGI SIAPA SAUDARA DAN SIAPA MUSUH…..KAMI BIMBANG DIKESEMPATAN DALAM GILA DAN MAMAI MEREKA ITU MUSUH ISLAM DAN MELAYU AKAN MENANGGUK DI AIR YANG KE
    KERUH……
    YA ALLAH HINDARI SATU LAGI NEGARA ISLAM DIBUMI MU INI DARI D HURUHARAKAN………….

    • emcube says:

      mun butee dok nampok keadaang sekarang. Asyik baca utusang meloya dan nontong tv3 ajee.. tu la jadi nye. fikirang beku.

      • adam11 says:

        Semoga emcube mendapat hidayah setelah membaca doa doa yg telah dinukilkan bagi kesejahteraan seluruh umat……pejamkan mata rapat rapat agar lebih berkesan.INSYAALAH.

        Selalulah nontong cerita ,Para Pencari Tuhan…..disiaran asro oisis dan AL hijrah….bes bro……

      • adam11 says:

        salam….gimanakah kamu akan dan bisa memimpin negara dan ummah,sedang baru diberi laluan bersuara dilamanmaya…kamu gunakan segampang dan selacurnya lontaran nafsu serakah gambaran jiwa kotar dan dendambara yang tidak berpaksi ISLAM yang murni dan ISLAM ITU BERSIH…..tapi…kata kata lucah dan mencarut serta laknat begitu lunak dilidah kamu….

  23. sabahan pr says:

    iwe support u A.SS

  24. SALESMAN says:

    oooh tidak..tidak tidak tidak..aku no. komen…bagi aku kiri sama kanan pun sama…komen ini tidak terlibat mana2 politik..setakat dakwah…..so mana ada dunia yang betul dan mana ada dunia yang adil..maka sebagai manusia beringat-ingatlah kita … apakah dunia kita ini sampai ke tahun 2012 atau tahun 2012 tahun bencana alam…maka cukup2 kanlah amal kamu semua..wang ringgit sudah tidak ternilai dan harta pun sudah tak bererti..hanya yang empunya diri punya erti untuk dihitung pahala dan dosa…sedarlah…saya sudah cukup memiliki apa yang dikehendaki di dunia ini..kecuali amal yang tak cukup..cukup..sedarlah kamu semua wahai manusia..sedarlah insaflah..carilah jalan keinsafan dan bertaubat..janganlah kau semua bergaduh sesama sendiri…pastinya umur dunia ini tidak lagi panjang…..yang pernah melakukan dosa(ingat2lah)…tsunami dan gempa bumi jika melanda malaysia..hancur kita semua..semua harta,jawatan,dan wang ringgit tidak bererti..yang tinggal keinsafan…

    • emcube says:

      betul tu salesman, menentang yang bathil BN pun amalan jadi bekalan ke akhirat jugak. Kalau buat tak tahu aje nampak kebathilan di depan mata, rasanya malan sepanjang hayat pun susah nak jawab di depan Allah nanti.. kiri dan kanan, manakan sama? yang satu haq, dan yang satu bathil. Sama ke?

  25. Rasa Kopi says:

    Saya bukan penggemar berita arus perdana tidak kira utusan atau TV3. Apatah lagi mana-mana wacana lidah parti atau akhbar online yang kononnya bebas tapi banyak yang bebal.
    Saya sangat menghormati Pak Samad dan mendoakan kesejahteraan untuk Pak Samad. Namun bagi saya dalam hal demonstrasi Bersih ini. Saya berlepas diri. Saya lihat banyak yang kotor dari yang bersih.
    Niat Pak Samad baik, namun yang saya ragukan mereka yang disekeklilingnya.
    Seorang ulama bisa saja terkhilaf kalau sebeleh telinganya ditulikan..

    • emcube says:

      Rasa Kopi, di mana kah kotor nya BERSIH.? Di mana buruk nya tuntutan-tuntutan BERSIH.? Di mana salahnya akhlak penganjur2 BERSIH.? Banding kan di manakah bersih nya PERKASA. Di mana baik nya tuntutan-tuntutan PERKASA. Di mana cantik nya akhlaq Ibrahim Ali PERKASA. Soalan yang sama juga cuba tujukan kepada Pemuda UMNO dan persatuan silat tu. Gah sangat ke bila pandai silat tu. Guna untuk mempertahankan kebathilan BN? Di mana kah khilaf nya ulama tu dan pada perkara apa yang beliau tulikan telinga nya? Bagaimana dengan ulama2 pengampu? Terlalu banyak perkara bathil BN yang ditulikan. Kenapa Rasa Kopi tak nampak? Mungkin terlalu khayal dengan hanya merasa kopi di kopitiam…… sehingga tak nampak kebenaran.

      • Rasa Kopi says:

        emcube,
        saya bercakap pasal demonstrasi bersih dan bukan tuntutan bersih. setiap perkara yang diambil akan datang dengan kesan. Malah ini hal siasah lagi kita kena berhati-hati. saya tak pernah bermaksud ada pihak lebih baik,mulia dan benar dari satu pihak yang lain. kerana saya percaya setiap org punya hak untuk berpendirian.
        ayat saya yang terakhir itu saya nak maksudkan, orang bijak pandai pun boleh silap jika banyak benda disembunyikan, inikan saya yang marhein.
        kita punya 9 hari untuk berfikir. sdr emcube, seperti yang saya katakan, tuntuan Bersih itu baik, namun sdr boleh mengkaji dahulu siapa di belakang demonstrasi ini, apakah ada agenda lain(kalu mungkin), dengar dari semua sumber..persetankan dahulu Perkasa,Silat mahupun Pemuda Umno, ini cuma kesan. niat yang baik tapi kalau jalan yang dipilih membawa mudharat dan boleh memudharatkan..apa-apa pun, itu hak anda, namun kita kena selalu ingat, apakah kesan setiap keputusan yang kita ambil. kalau kita adil, maka bersifat dan berlakulah adil. dengar dan nilai dari setiap sumber sekalipun sumber itu dari mereka yang kita kira musuh..

      • adam11 says:

        Pikirang gamoknya dok bersih……..sentimeng dan emosi jarang dapat menyelesaikan probleng degan cara terhormat…malah menambahkan pula probleng baru……………….JANGANG KAMU KECEWA DAN BERPUTUH ASA…….berhati hatilah dengan bisikan bisikan syaitan…….sesungguhnya syaitan itu tidak lain melainkan membawa kepada kemusnahan dan kehancurang…….carilah penyelesaian dengan cara hormat…wing wing…..

        salam hormat dan ukhuwah.

  26. SANTET TERBANG says:

    semua yang komen2 ni orang karyawan ke orang politik..kalau orang politik baik tak payah le komen2 ..baik lagi kita komen berkaitan dengan puisi-puisi yang tidak lari dari topik….addduuuuiiii malunya begitu…

  27. Alwyn Goh says:

    Sam adams had it right
    Numbers not needed to win fight
    More useful is righteous spark
    As beacon, in oppressive dark

    JR lowell had it right
    Truth always in noose tight
    Even if wrong squats on throne
    God won’t leave his people alone

    MLK had it right
    Keep hope alive, thru lonely night
    Struggle will be costly to some
    But in the end, we will overcome

    Rosa parks had it right
    Keeping seat on mundane bus ride
    Common decency pushed to edge
    Redress being liberty’s pledge

    Cory aquino had it right
    People power is no matter slight
    Citizens standing on the line
    Consigns tyranny to decline

    East europeans had it right
    Against regime of shackles tight
    Shoulder-to-shoulder against wall
    Solidarity made it fall

    Tienamen folk had it right
    Paid for in lives lost that night
    Truth has power to hold off tanks
    And to spread quietly in the ranks

    Tahrir crowd had it right
    Holding ground against armed might
    Square earns its sanctified name
    Tyranny slouches off in shame

    Samad said has it right
    Dire, is our present plight
    Truth played by powers unseen
    So why can’t we come clean?

    Toh kin-woon has it right
    Manfully keeping discourse polite
    Quiet truth above noisy heckle
    Is roar of lion, over howl of jackal

    As you ponder right or wrong
    Ask if your conviction is strong
    In this time of high alert
    What colour is your shirt?

  28. Unggun hayat says:

    Aku seorang kah yang merasa haba dan hawa PANASSSS di bumi bernama MALAYSIA? Aku saja kah yang tertanya tanya sampai bila penzina mahu diangkat sebagai pemimpin?Aku saja kah sedar, yang pemimpin pemimpin berkuasa kotor dengan dosa? Zina, Arak, Rasuah, Riba? Aku saja kah yang berasa tidak sanggup dengan tekanan demi tekanan ekonomi negara yang di bebankan pada rakyat? Aku kah yang kurang bersyukur kerana aku masih mampu makan 3 kali sehari- PERSETAN jiran sebelah. Si Milah balu beranak tiga itu. Biar anak anak nya makan bercatu.

    Apa Haba, panas dan terik ini boleh di ubah dengan elaun elaun kerajaan?subsidi?pembangunan?penampalan jalan jalan bolong nun di pedalaman? Semurah itu kah? Atau persoalan yang lebih penting- SEMUDAH itu kah ALLAH Mahu menukar semua kezaliman ini menjadi keadilan? Demi Nama Allah yang jiwa ku ini dalam genggamannya, Tidak akan AMAN bumi MALAYSIA, selagi pemimpin – pemimpin tidak tunduk patuh, taat setaatnya dengan perintah Allah.

  29. isunya mudah saja,”rakyat mahukan urus-tadbir_bersih.”
    air empangan yang penuh akan memecahkan tembok
    Tunisia,Mesir,Libya dan telah banyak sebelum itu
    lambat-laun,jika kemungkaran demi peyelewengan dibiarkan membiak
    akhirnya semuanya tidak berguna lagi…
    leka,lalai menguasai hati-hati yang kering-kontang dari suara orang bawahan!
    Tiada siapa yang mahu mengaku salah,semuanya tak bersalah?!!

    • ben says:

      Saya tidak mengundi Anwar Ibrahim di dalam P 44.. tetapi dia tetap menang di dalam PRU yang dikatakannya tidak bersih… saya tidak bersungut dan berbaju kuning atas pilihan saya yang digagalkan oleh sistem PRU.. tetapi saya tetap bersyukur kerana Allah akan menambah nikmat bagi yang bersyukur walaupun usahanya mengundi sebelum ini tidak membuahkan hasil… semoga Anwar Ibrahim menjadi manusia yang bersyukur… cuba… seorang guru tafsir al Qur’an pernah berpesan kepada saya supaya mengamalkan di dalam setiap habis solat supaya membaca ayat 5 di dalam surah al mumtahanah.. Itu yg saya amalkan selama ini sehingga memadamkan perasaan mahu berkasih dan menumpah kasih kepada Anwar.. dan ternyata segala yang semakin tersingkap dari hari ke hari membenarkan kesan amalan ayat tersebut kepada perlindungan minda dari diliwat kata2 dan harapan2 manis..

    • Wak Domo says:

      Wak dah semak:

      [60, Mumtahanah;5] Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 

  30. Mohd Najmuddin Suki says:

    Yang tak sedapnya Bersih ni sebab ada kaitan politik. Kalau tiada, boleh lah guna hak berhimpun dalam perlembagaan. Tapi bila parti-parti politik yang berjanji nak membekalkan ribuan ahli, maka himpunan akan ada berbau politik.

    Penyelewengan? Bersih yang katanya ingin melakukan perubahan dalam pilihanraya, berapa kali sudah bertemu SPR? Adakah semua tuntutan mampu dipenuhi SPR? Akses media yang bebas dan adil, Pengukuhan institusi awam, Menghentikan rasuah, bagaimana ini boleh dilakukan oleh SPR? Ingin serah memorandum kepada Agung, sudah ada perjanjian akan bertemukah? Menggunakan alasan ingin menyerah memorandum, menuntut keadilan dan sebagainya sedangkan niat sebenarnya hanyalah untuk berhimpun, ini juga suatu penyelewengan persepsi!

    Harap jangan salah faham, niat itu baik. Yang diperjuangkan itu juga baik. Cuma cara perjuangan itu dibawa sedikit meragukan. Dan profil ‘pejuang-pejuang’ itu juga meragukan. Bukan semua, segelintir yang jelas kaitannya dengan parti-parti politik.

    Hormat yang tinggi pada Pak Samad, bak kata suatu komentar, dia nampak Jepun datang, ramai antara kita hanya baca.

    Tapi yang membantah gerombolan Bersih juga ada yang nampak Jepun datang, yang makan garam lebih dulu. Yang tak ditabal jadi Sasterawan Negara oleh negara yang diperintah oleh kuasawan jahat. Yang tidak pandai menyusun kata di pentas ucapan. Adakah mereka ini kurang berharga? Adakah mereka ini kurang jasanya? Kerana mereka tidak ditabal Sasterawan Negara oleh negara yang diperintah kuasawan jahat?

    Tolonglah usah percaya kepada politikus. Nak berhimpun tuntut keadilan, janganlah bergabung dengan politikus. Dalam memilih politikus untuk ditabal jadi kuasawan, pilihan kita hanya evil dan lesser evil. Dengan kemajuan yang kita capai sehingga kamu boleh mencapai media melangkaui TV3 dan Utusan Malaysia yang kamu hinakan, tak mustahil yang majoriti rakyat Malaysia telah memilih lesser evil selama ini.

  31. airaniez says:

    Terpukul & tersentuh dengan ucapan ini. Tajamnya kata-kata & luahan, lebih tajamnya berbanding siraman gas & air pancutan. Semoga Allah merahmati Pak Samad. amin

  32. ben says:

    Benarkah demokrasi dapat membuahkan murni?
    hanya yang terpedaya sehingga penjuru senja berharapkan demikian..

  33. SY says:

    Saya amat kagum dengan kata-kata Pak Samad itu. Saya berharap semua orang akan paham dengan apa yang kita tengah perjuangkan dan bukan semata-mata untuk mendatangkan kacau bilau kepada tanahair kita ini. Media kini menulis yang bukan-bukan. Semuanya fitnah.
    Terima kasih Pak Samad kerana menyokong pendirian kami.

  34. jc says:

    Sekian lama ketidakpuasan dengan keangguhan barisan pemerintah membungkam di hati, terkedu di lidah demi “menjaga keharmonian” di kalangan semua. Namun jelas pada hari ini, berdiam diri bukan lagi suatu pilihan yang bijak demi merenggut kembali kesaksanaan demokrasi.

    Terima kasih tuan atas membarakan lagi keberanian dalam diri untuk menuntut hak hak empunya rakyat merdeka; demi diri, demi sahabat handai, demi generasi akan datang.

  35. kebebasan bersuara. semua orang punya hak.
    salahkah apa yang diperkatakan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s