Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

24 Responses to Unggun Bersih

  1. ahmadyani says:

    Demokrasi yang dibanggakan, tidak ditunai dengan sejujurnya. Ini yang perlu dibersihkan…

  2. Elesh k poptani says:

    Well said and well spoken

    Words from the heart are heard by all

    Return return return democracy to the people

    ” A DREAM I HAVE IS FOR ALL MALAYSIANS TO BE FREE AND LISTEN FREELY A SAMAD SAID’S POEM FREELY WITHOUT PERSECUTION AND PROSECUTION”

    A DREAM

    BY ELESH K POPANI

  3. moom says:

    democracy has been crippled, Bersih.. should be carried out

  4. Jasmine says:

    “跟人民一起要求干净与公平的选举”

  5. zaidakhtar says:

    teruskan perjuanganmu, bapak.
    moga Allah panjangkan dan berkati usiamu.

  6. Azrul Aloy says:

    Demokrasi luka… duka… cacat cela… bersihkan…

  7. Pingback: Poems about democracy now sedition in Malaysia

  8. ron says:

    syabas Pak. karya terbaik dekad ini. teruskan usaha murni. gigih kekal kental.
    jangan pernah takut. kerana pahit berjuang itu ada manisnya.

    hidup Pak Samad!. hidup negara tercinta!

  9. wahai Allah, bukakan hati para pemimpin kami dan rakyat malaysia menerima kebenaran dan meruntuhkan kebatilan dan kezaliman.

  10. rara says:

    salam…

    moga unggun itu merebak dari timur tengah ke sini…
    moga suara-suara kita akhirnya didengari,
    dan perintah Dia diakui.

  11. J-Man says:

    Well said Pak. An advice to all…

  12. ata says:

    …. dan pastinya unggun itu akan terus merebak dan marak!

  13. Pingback: Maclean Patrick – A Malaysian Writer » Blog Archive » Writers of Malaysia make a stand!

  14. shufflin says:

    thank you Mr. Said for your effort to save this country. With pejuang pejuang like you, Malaysia is not a bad country afterall.

  15. mi horizon says:

    sajak yang indah dari seorang pujangga yang perihatin tentang kerakusan manusia

  16. Haris Alimi says:

    Untuk Sebuah kebebasan perlu dahulu mendepani pemenjaraan..
    Hidup Anak Bangsa!

  17. zlkmhd says:

    insyaallah saya akan join rally bersih. jika kerajaan perlu tangkap seorang seniman, warga emas seperti pak samad, then they have something to be afraid of. thank you for your support.

  18. abu bakar says:

    tiupkan lagi unggun itu kepadaku duhai ALAM

  19. arrayah.info – Analisis di antara KHILAFAH 2.0 dengan BERSIH 2.0

  20. inashdeen says:

    sebuah sajak untuk pendeta yang amat ku hormati dan sayangi:

    Maafkan aku Hang Jebat

    selusur sejarah lalu,
    derhakalah jebat kerana benar,
    bernoda tangan merahlah darah,
    diisi cercaan kata-kata haq.

    wahai Jebat teman saudaraku,
    engkaukan ini anak pamanku,
    tangis kini melihat jasadmu,
    apa daya harus ku seteru,

    wahai jebat ku sedar sang mata korupsi,
    terbuka mata melihat kotornya kotak empat segi,
    namun risauku dengan agenda pihak yang sana,
    kerana jujur kataku, mereka tak sesuci mana,

    wahai jebat teman sepermainan,
    dulu nya teman kinilah lawan,
    tidaklah halal cara dengan niat,
    takkan derhaka ku kerana kalimah haq,
    kerana tertinta sejarah;
    rosaklah haq dengan tangan-tangan kotor sang warisan petir,
    adakah rela kau jual sekeping erti aman,
    demi setimba bebas yang jujurnya kau tak pasti, wujud,
    hilang, ada, ghaib dalam dunia ini.

    wahai jebat, mungkinkah ku tuah,
    yang setia bodoh lurus tanpa ada satu arah,
    ah ku yakin ribuan tangan yang kini memegang tampuk,
    yang kotor sanubari dengan nanah, najis dan hantu al-wahm,
    pastikan mati dengan kebangkitan ini!

    ah, jebat, kami ni sang tuah-tuah,
    sudah bangkit dalam dilema kebejatan dunia keris masa kini,
    yah, dalam diam menyusun rencana,
    bakal berdiri sang orang agama,
    menegur saf pimpinan yang jahil zalim hina dina.

    tetapi, tetapi sang jebat,
    kau hati-hatilah dalam meniti impian,
    kerana pasti tangan-tangan sana mengalir lagi,
    pasti mereka bangkit dari mimpi 13 lima,
    pasti bangkit rancangan menghapus sejarah kita,
    kerana itu aku dibelah sini,
    kerana bukan dicari yang lebih tersuka,
    tapi diselongkar yang kurang dibenci,
    kerana membela ia bagai memegang api,
    dipegang panas, dilepas padam.

    biar terlepas erti bebas,
    ah, abai sebentar istilah haq,
    kerana ketamakan itu bakal memakan kita,
    tidak ku rela, tidak ku rela wahai saudaraku!

    maafkan aku wahai sang jebat,
    untuk sekali ini, harus kubunuhmu!

  21. ramli says:

    Buat Pak Samad yang kukasihi:

    Bapak
    Munkinkah akan terpadam dengan sendirinya
    warna-warna indah demokrasi
    yang ternukil dari menara tinggi itu,
    kerna kini, dibawahnya
    mereka kian mabuk menghitung isi sakunya;
    pedulikan, cucu kita makan apa

    Dimana?
    gema merdeka yang dilaung bapak
    distadium Merdeka?
    ditanggal keramat 31 ogos 57 itu
    aku ridu gema suara itu
    gema suara harapan datuk kita juga.?

    anakku bernama amila dan setia
    sudah merasai gerun dengan kegelapan hitam pekat
    justeru waran-warna indah demokrasi
    mula terpadam denagan sendirinya
    dan,warna kuning yang jernih, bersih mendamaikan.itupun
    tidak bisa dipakai lagi

  22. ajilah says:

    Unggun bersih disimbah air, namun nyalanya semakin hangat

  23. PAK SAMAD FAHAM APA ITU DEMOKRASI BERPARLIMEN?

    Samad Said: Najib ‘memang kejamlah’
    Abdul Rahim Sabri | 5:00PM Jul 14
    WAWANCARA dikemaskini 7.29pm A Samad mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.

    Salam buat yang dihormati PAK SAMAD SAID…
    Sementelah kenyataan Pak Samad yang saya hormati, nampaknya Pak Samad juga menjadi golongan pendesak tanpa melalui proses yang sepatutnya. Selaku inteleks orang kita, seharusnya Pak Samad memandang arus politik dan arus pemerintahan yang di dada perhatian masyarakat sekarang adalah satu mandat yang dipilih oleh rakyat sendiri, biar apapun tanggapan Pak Samad tentang sistem pilihanraya. Zalim atau apa gelaran pada Perdana Menteri yang dinaikkan dari mandat rakyat terbanyak hanya permainan politik. Pak Samad orang lama dan telah lama melalui liku-liku kebangkitan rakyat dan suara rakyat. Adakah kempen di “facebook” yang lebih condongnya pada satu puak sahaja serta mendapat maklumbalas dari kalangan penentang kerajaan boleh kita ambil sebagai suara rakyat terbanyak?

    Pak Samad… semasa zaman Dr Mahadhir telah wujud inteleks orang kita berjuang pada paksi yang tidak seimbang, maka lahirlah novel “Shit” yang membawa pemikiran orang kita menjadi terbuka kepada bahan yang tabu serta menjadi larangan dalam adab serta adat orang kita. Saya amat meminati tulisan Pak Samad dan banyak mengikuti ulasan serta kupasan tentang karya-karya Pak samad. Saya juga mengikuti penulisan dari golongan berhaluan kiri dan memahami perjuangan mereka. Hak bersuara pada saya bukan untuk menjatuhkan kerajaan atau Perdana Menteri dengan desakan seperti rakyat Mesir. Kita dapat melihat Mesir masih tidak aman dan masih hidup dengan demonstrasi walhal pemerintahan Hosni Mubarak sudah terkubur. Apakah Pak Samad merasakan nasib rakyat negara ini dan orang kita harus melalui kemusnahan serta berantakan berpanjangan, tiada lagi kedamaian dan keharmonian. Kuasa yang menyebabkan orang kita berperang sesama sendiri dan tidak nampak titik sepakat. Masyarakat majmuk yang ada di dalam negara ini tidak pernah menginginkan suasana tidak selesa dalam mengharungi hari-harinya. Jiran dan rakan yang pelbagai kaum sudah mula menanam prasangka serta kebencian meluap-luap menunggu terhurai memusnahkan negara.

    BERSIH: PAS mahu demo sekali lagi jika…

    PAS mahu perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil diadakan sekali lagi sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memenuhi tuntutan mereka dalam masa terdekat.

    Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kiri) berkata, parti itu akan mendesak pihak BERSIH 2.0 sekali lagi menganjurkan perhimpunan itu.

    “SPR perlu perubahan. Kalau tidak selesai menjelang pilihan raya, kita akan cadang BERSIH adakan perhimpunan sekali lagi.

    “Tentang lapan tuntutan itu, empat daripadanya boleh dilakukan SPR. Jangan berdolak-dalik,” katanya.

    petikan dari Mkini Julai 12,11 jam 1.07 nukilan Jimadie Shah Othman

    Para ahli politik bermain sandiwara…ada mereka ambil tahu keadaan rakyat yang bertelagah sesama sendiri baik dari segi ras, agama, adat dan fahaman politik? Pakatan Rakyat menggunakan sepenuhnya keadaan 1 hari 9/7 yang lalu sebagai kayu ukur kezaliman kerajaan dan menutup kebaikan yang lain. Bersih sendiri tidak merancang untuk mewujudkan lagi demonstrasi gelandangan jalalanan dalam tempoh terdekat, tetapi pakatan rakyat beriya-iya mendesak Bersih. Apakah makna perjuangan ini Pak Samad, biasnya seperti mahu jatuhkan BN bukan mendapatkan pilihanraya bersih seperti dituntut? Kenalah ibaratnya cakap orang yang tidak selari perbuatan dalam bahasa kasarnya “cakap tak serupa bikin”.

    Pelapar kuasa ini hanya menjadikan institusi sokongan negara tempat wadah memburukkan kerajaan sendiri. Mereka suatu hari nanti juga mungkin mengambil alih kerajaan dan institusi inilah yang mereka perlukan. Mereka ini lebih gebangnya dari kemampuan memerintah, pasti acuan kerajaan sekarang juga menjadi ikutan malah makin teruk kerana masing-masing melepaskan pucuk kecubung sendiri. Pakatan yang rapuh dengan polisi yang tidak teguh malah kerjasama yang jauh dari sepakat. Belum memegang tampuk pemerintahan total, kabinet bayangannya bercakaran merebut kuasa. Mungkin Pak Samad mahu yang ini. Berkaryalah Pak Samad dengan mereka menjadi inspirasi Pak Samad supaya lebih dramatik dan puitis diselitkan aksi dengan pergaduhan antara kabinet PR ini nanti. Bertambah menarik karya Pak Samad dengan rencah perkauman yang meruncing dan hak bumiputra orang kita dibuang dari perlembagaan persekutuan. Selamat berkarya dan hak Pak Samad untuk labelkan zalim tersebut.
    Maaf penulisan saya tidak begitu bergaya bahasa kerana hanya meminati sastera budaya Melayu tetapi pendidikan yang berlawanan di aliran Sains dan Teknologi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s