Nikmat

Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat.

Benih Harapan
1973

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

13 Responses to Nikmat

  1. ahmadyani says:

    Jangan berhenti berhasrat [doa], kerana itu tuntutan agama. Dan dapatnya pula bukan urusan kita…

  2. adam11 says:

    teruskan berhasrat
    dalam munajat
    tak didapat ?
    teruskan kerana masih terasa ada nikmat
    muhasabah perisai dirimu
    selagi noda noda hitam belum hilang
    yang dihasrat sulit didapat
    janganlah kecundang dimedan khianat
    buktikan ucapanmu
    terasa ada nikmat yang padat
    BEGITULAH ISTIQOMAH

  3. Fukari Futai says:

    Pernah baca dalam
    antologi puisi Pak Samad. Best

  4. kharfz says:

    Teringat ku baik2 puisi dijadikan nasyid;

    apa yang ada
    jarang disyukuri
    apa yang tiada
    sering dirisaukan
    nikmat yang dikecap
    barukan terasa bila hilang
    apa yang diburu
    timbul rasa jemu
    bila sudah dalam genggaman..

  5. Fara says:

    Beautiful, Pak Samad. Allah s.w.t akan memberi nikmat yg lebih besar jika kita sabar dalam mengejar hasrat.

    I grew up with your books although generally I am more inclined to speak and read in English. You are one of the very few Malay authors that I read. Your wisdom is priceless.

    Just saw your video on utube when you were affronted by the police at Istana Negara. I admire you when i was a kid, now after seeing that video, it re-affirms my respect for you. You walk the talk.🙂

    May Allah bless you and your spirit. Saya akan doakan. Thank you, Pak Samad.

  6. Pengunjung says:

    Pak Samad,

    mohon pak untuk memberi semangat kepada rakyat untuk meneruskan perjuangan…

    Terima kasih

  7. Abi Muslih says:

    pak samad@bersih2.0
    kasih kami semakin melimpah pada kegigihan mu

  8. Si Fakir Fikir says:

    Bersulam-sulam minda dan harapan
    kehendak diganti hasrat Tuhan
    kerna mahu diberi gemerlapan

    benih-benih
    2011

  9. Haslina Othman says:

    pak samad,
    bahagia melihat pak samad bersama-sama kami pada Sabtu lalu.
    Puisi-puisi pak samad benar-benar membakar semangat saya.
    terima kasih pak samad.🙂

  10. Anti Hypocrite says:

    “KALAU jumpa Anwar, (Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi…bertaubat sajalah.”

    Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu.

    Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.

    Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan, Kuala Lumpur sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.

    “Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.

    “Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969,” katanya.

    Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India Kuala Lumpur pada Sabtu.

    Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.

    Selain saudara-mara dari seluruh Semenanjung, katanya, dia turut menjemput kenalan dari Singapura dan juga rakan setugas anaknya di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya serta tempat lamanya di Tenaga Nasional Berhad.

    “Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang,” katanya.

    Kamariya berkata, peristiwa sedih itu bukan sahaja membuatkan dia menangis tetapi terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti sakit tiga hari kerana terlampau tertekan dengan penganjuran perhimpunan haram itu.

  11. nyong says:

    Biar kata saja buat teman kita sampai mereka dengar apa itu harapan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s