Bersih, Bersih…Kasih, Kasih!

SENJA itu barulah masyarakat hewan di tasik indah tersebut dapat berhimpun semula. Seperti biasa, setelah enak mandi di tasik, Merjah yang sampai dulu. Entah bagaimana burung merpati yang bertiga itu sempat melakar warna dan kata pada badan Merjah sehingga terbentuklah abjad “B” hampir di serata badannya. Merjah bangga kerana dia tahu bahawa abjad “B” berlatar kuning itu bererti “Bersih”.

Merjah tidak risau akan persekitaran tasiknya. Tasik itu sentiasa tenang—dan pada waktu senja, sentiasa indah, sentiasa jernih, sentiasa bersih. Dengan tidak membacanya pun Merjah tahu bahawa abjad “B” itu sangat nyaring dan merdu bersuara. Dan seperti berulang didengarnya: “Bersih, Bersih—kasih, kasih!”

Semua penghuni tasik itu sudah pun pulang—melalui daratan dan angkasa—dari sejauh sempadan di Selatan dan di Utara . Sejak dua minggu lalu aliran manusia sudah pun mula ditapis oleh para kuasawan yang sangat megah berkuasa.
Sat dan Du yang masing-masing baru pulang dari Selatan dan Utara melaporkan bahwa semua aliran manusia dicemburui kelompok kuasawan ini. Aliran manusia itu dihalang, dihadang, dikekang dan dipalang supaya tidak sampai ke Stadium Merdeka.

Kelompok kuasawan tertentu itu bersungguh-sungguh menghalang, menghadang, mengekang dan memalang upacara penyampaian Memo Bersih

Hanya Tig saja tampaknya tidak henti-henti mendecipkan—menceritakan—tentang bagaimana ribuan manusia yang disengkang datang ke tempat perhimpunan itu. Gas pemedih mata dan pancutan air menyeksa menyamput aliran manusia. Kelompok kuasawan terpilih benci mendengar lirik senandung “Bersih” dinyanyikan seharmoninya.

Senja itu masyarakat hewan berkumpul lagi untuk menilai dan menafsir tindakan manusia dalam Peristiwa 9 Julai itu. Merjah tidak faham mengapa kelompok kuasawan “terpilih” begitu cemburu terhadap upaya memperbaik iklim demokrasi. Demokrasi rupa-rupanya ingin dikacip kepaknya agar tidak dapat terbang bebas.
Sebaik khalayak hewan penuh, Merjah pun bersyarah: “Hari ini kita belajar tentang kemurnian gerakan Bersih.”

Lalu, masyarakat hewan itupun menyanyikan senandung “Bersih, bersih…kasih, kasih!”.

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

13 Responses to Bersih, Bersih…Kasih, Kasih!

  1. Setiap anak dilahirkan ke dunia ini dengan fitrah_diri yang suci
    maka ibu-bapanya yang bertanggungjawab mewarnakan,mencorak_potretkan zuriat itu
    menjadikan ia sebagai Yahudi,Nasrani atau Majusi,..
    “Tiadalah agama melainkan bersihlah jiwanya dari segala kekotoran yang membesarkan selain Tuhan Maha Esa”.

  2. amirul says:

    lepaskan demokrasi itu dari ‘sangkar’, ia perlu terbang bebas seperti merpati yang lain..

  3. ahmadyani70 says:

    Bersih pada kuasawan hanya di mulut, sedang dalam semua tindaknya…kotor!

  4. oh Pak Samad, merdu sunggoh, suara dan kata-kata yang dilafazkan. Terima kasih!

  5. Bersih juga diri yang menuntut kebersihan, jgn terpalit dgn rencana dan perancangan politik sempit dari politikus, tidak kira dari sebelah mana pun… politikus juga kotor membawa penyakit macam tikus, keluar dari kongkongan politikus yang memang tikus dari semua ahli politik baik kerajaan maupun pembangkangnya, bersihkan diri dari pengaruh mereka, itu lebih baik.

  6. Bersih itu indah tapi belum tentu suci, Bersihkan diri dahulu dari terpalit pengaruh para politikus, si tikus kotor yang dtg dari longkang politik (baik kerajaan maupun pembangkangnya). Berbicara bersih tapi usah lupa diri yg juga belum bersih, bersihkan lah dirimu sebelum ajal menjemputmu, bersihkan diri sendiri kerana itu lebih baik.

  7. Wak Domo says:

    Saya hanyalah seorang saintis bersara biasa; bukan seorang sasterawan. Namun, kerana menghormati jiwa Pak Samad, seorang Sasterawan Negara, saya telah mencuba sedaya upaya menukilkan sebuah sajak untuk bacaan dan renungan beliau. Harap beliau sudi membaca dan memberi teguran yang sewajar. Allahuwaklam. 

    “Di Tebingan Yang Rapuh”

    Dikecam!
    Dikeji! Dimaki!
    Difitnah!
    Sang Ular Sawa tidak peduli.

    Kerana dihati sudah bersemadi…
    Sumpah Sulaiman sejak dahulu zaman berzaman. 

    Lengkaran Sang Ular Sawa mengetat,
    Seolah-olah ‘memeluk’ – tiada apa boleh terlepas
    Melindungi BATU GEMALA KERAMAT dari dicengkam pengkhianat Rimba:

    Mahupun Sang Singa, Sang Harimau Dahan, Sang Helang, Sang Monyet…

    Semua mereka ini mahukan BATU GEMALA KERAMAT menjadi milik diri,
    Tak senang melihat ia di atas Kursi Sulaiman…
    Sebagai Ratu penyatu segala makhluk Rimba;
    Sehingga Sang Sawa terpaksa…
    Membuat apa yang dia merasa jijik,
    Semoga Rimba tetap Rimba
    Tiada yang hampa..

    Sang Singa senyum mengaum;
    Sang Harimau Dahan mencakar akar;
    Sang Helang terbang merewang;
    Sang Monyet berlagak kelakar – semua mereka menghajati Kursi Sulaiman – kursi keramat
    Membawa segala nikmat…
    Nikmat di Rimba

    Terdayakah Tok Samad…
    Bila,
    > Sang Singa menggeromol;
    > Sang Harimau Dahan mengejar;
    > Sang Helang terbang turun menyambar;
    > Sang Monyet melompat, menggigit mangsa

    Manakala Tok Samad…
    Berdiri di tebing sungai Rimba yang airnya mengalir deras terus ke laut?
    Manakala,
    Mahupun Sang Singa, Sang Harimau Dahan,
    Sang Helang, Sang Monyet 
    berusaha atas nama Survival; 
    Tok Samad berdoa kepada Mimpi. 

    Tanpa aur…?
    Di tebingan yang rapuh…
    Ke mana Tok Samad?

  8. Wak Domo says:

    BERSIH                       
    Dalalm artikel ‘Shanon Teoh’ bertajuk, “Anwar: GE13 ours thanks to Bersih 2.0”, Hornbill Unleashed telah 
    mendedahkan perkara-perkara di sebalik tirai berkaitan dengan perhimpunan haram Bersih 2.0 – satu pendedah-akuan yang mungkin tidak disedari oleh penulis sendiri. 

    (1) “The opposition leader told the Associated Press (AP) yesterday that support for his Pakatan Rakyat (PR) coalition has surged…
    >(Objectif Tersembunyi: Untuk menggembelingkan sokongan orang ramai kepada gabungan Pakatan Rakyat menjelang PRU13)

    (2) “Datuk Seri Anwar Ibrahim is confident of winning the country’s next general election on the back of momentum fuelled by public anger…”
    >(Objectif Tersembunyi: Untuk menyemarakkan kemarahan orang ramai terhadap parti-parti 
    memerintah agar undi mereka  beralih-arah kepada pakatan pembangkang)

    (3) ““We have gained new momentum. There are huge possibilities we can make it, we will win,” the PKR de facto leader told the United States-based international news agency.”
    >(Objectif Tersembunyi: Untuk memberi kelebihan politik kepada PR, dengan itu mempertingkatkan sokongan orang ramai)

    (4) It [2007 Rally] has been credited as a key factor in a landmark general election held just four months later, which saw BN ceding its customary two-thirds majority of Parliament and five state governments in its worst-ever performance in federal polls.
    >(Objectif Tersembunyi: Untuk melancarkan lagi strategi bersepadu PR untuk memenangi PRU13 – dengan membuat ‘kejayaan’ BERSIH 1, perhimpunan haram pada tahun 2007 sebagai model)

    Perhatikan, penulis telah memberi penekanan,

    “…organised by Bersih and backed by the opposition,…”
    (BM:”…dirancangkan oleh Bersih dan dibantu oleh pihak pembangkang…”)

    dalam kenyataan di bawah ini:

    “This is the second such rally organised by Bersih and backed by the opposition, with the first in November 2007…”

  9. ss says:

    Takdirnya ada satu atau lebih tokoh berjaya menjadi bersih di manakah tempat mereka di dunia ini.Sekiranya tidak ditemuilah mereka yang benar-benar bersih lagi suci itu,apakah yang kita harus buat dan bagaimana urusan dunia ini diurus tadbir.
    Bukankah orang yang bersih itu lebih layak duduk di mana mereka pilih atau mereka telah dikhususkan di suatu taman syurga semata-mata.
    Politikus menjadi suatu yang tragis bila politik suatu ‘institusi’ yang selama ini dihubung-kaitkan dengan kotoran,busuk,mual dan hina?!!…

    • Wak Domo says:

      Allah ciptakan otak manusia bernafsu. 

      Maka Tuan renungkan pertanyaan  malaikat: “..Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu makhluk manusia yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?..”*

      Tetapi Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana telah membekalkan ilmu – menyerapi di jiwa manusia..

      Namun, iblis yang dengkil, atas kehampaannya dilaknati Allah bersumpah untuk terus menggoda dan mengkotori (menjadi tidak bersih) pemikiran keturunan Adam.

      Maka mungkinkah manusia biasa menjadi bersih – se bersih bersihnya?

      Mungkinkah ada satu hari keramat menjelma tampil seorang tokoh politik yang bersih – se bersih bersihnya?

      Nabi Muhammad (SAW) bukan manusia biasa..
      Dia dimaksumkan sebelum diangkat menjadi pemimpin agung kerasulan dan kenabian. 

      Mungkinkah ada manusia biasa yang dapat menyerupai ketokohan Nabi Muhammad (SAW) dalam mentadbir hal-hal manusia dan kerajaan?

      Tok, keluarlah dari mimpi ‘al-truist’ (minta izin)
      Di alam nyata kita berlumpur dengan segala bentuk noda dan nista
      BERSIH hanyalah satu konsep yang diminta

      Yang lebih afdhal..
      Yang lebih menyelamatkan..
      Yang lebih penting..

      Adalah keamanan; kemajuan; kesatuan…
      Ummah Muhammad (SAW)
      Manusia warga negara
      Manusia sejagat

  10. Wak Domo says:

    “The ‘ayes’ grow for BERSIH 3.0 as arrogant EC, BN refuse to reform polls system”

    LONDON ‘PEACEFUL’ PROTEST
    “What we experienced earlier on yesterday evening was a peaceful protest outside Tottenham police station – there was no indication it would deteriorate in this way. For those who involved themselves in this level of violence, there is no excuse.”

    Read more:
    http://www.bbc.co.uk/news/uk-england-london-14434318

  11. mamat says:

    Apakah manusia kini sudah tidak faham perkataan demokrasi hanya kerana dimomokan oleh bahasa yang puitis maka dipesongkan untuk kepentingan kelompok mereka? Sedangkan demokrasi itu adalah suara yang majoriti bukannya minoriti….

    Apakah nafsu untuk menumbangkan kerajaan dengan cara jalanan oleh kelompok minoriti itu dinamakan demokrasi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s