Monthly Archives: August 2011

Malam Doa

Kita mengesani kembali kisah syahdu Israk dan Mikraj, tekun meniliti ketakjuban Nabi sepenuh hayat; kita semak setiap ayat dan masuk khusyuk ke dalamnya, mengangkat iktibar permata, bergetar dalam pesannya. Kita dirangsang terus beribadah tulus kepada Allah. Siang yang memberi kita … Continue reading

Posted in Uncategorized | 1 Comment

Aidilfitri Mesra

Datanglah lagi ujian – kita semakin didewasakan. Wirid terdengar nyaring walau dalam kesenyapan. Kita hayati hikmah antara tasbih dan solat malam, berdamai atas sejadah, khusyuk taat depan al-Quran; nafas kita semakin wangi oleh ranum pembacaan. Dalam kerlip serba indah kita … Continue reading

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Ramadhan Wangi

Kemarau – ujian yang genting ini – paling keras mengguris; ia memimpin ke iman syahdu, merangsang ke tulus qalbu. Dengannya detik dugaan mula menghiris – titis menitis. Di situ juga bulan mengambang senyuman sedikit pucat seperti sengaja bertamsil mewangi Ramadhan … Continue reading

Posted in Uncategorized | 1 Comment

ELEGI SUNGAI

(i) Pernahkah kita terdengar jerit nyilu sungai lesu, bisik sedu penuh ragu, raung pilu alam syahdu? Sungai—alir air bersih, titis awal embun jernih; senyum sedih rintih pedih khazanah bumi kekasih. Kini sungai menggeletar— memo rindu tak terhantar; jerit setulus insani … Continue reading

Posted in Uncategorized | 3 Comments

Butir Zikir, Gugus Surah, Rangkai Tasbih

BULAN Ramadan sejak 2009 menghadiahi saya masa bersyahdu. Beransur tahun, alhamdulillah, saya semakin tersyahdu olehnya. Ada sebabnya. Pengalaman mendadak menemui Haji Ramli Al-Fadil pada musim haji lalu membenihkan sejenis kekhusyukan. Beliau menghadiahkan saya beberapa butir zikir yang semakin mendakap. Katanya, … Continue reading

Posted in Uncategorized | 10 Comments

Kepada Cendekia Solidar

Kita wajar ikhlas murnikan sumber kuasa bangsa, menghakis label-label bongkak yang disusup puaka. Kini para bangken sedang berlindung di sebaliknya dengan media gergasi pertajam taring dustanya.   Cendekia muda kini tenaga tulus dan waja semakin cekal bangkit sebagai wewira perobah. … Continue reading

Posted in Uncategorized | 8 Comments

“Oh” Dengarlah “Jeritan Batinku”

KETIKA ini sebenarnya saya sedang hanya bersama Merjah—hewan khayalan saya. Kami meninggalkan sedetik tasik warga hewan yang damai itu. Sekali ini kami tidak bersama kumpulan pipit, merpati, rusa, monyet, kambing dan, ya, sang buaya! Memang saya bersama Merjah saja. Dan, … Continue reading

Posted in Uncategorized | 9 Comments