Ranum Ramadhan

Fajar harum, bermula salam dalam udara
yang mengkhusyukkan. Semuanya tiba
terhampar dalam sepi bermusim sabar:
Hati dan budi didakap tulus oleh solat,
dalam gementar yang sentiasa syahdu.
Dalam nafas jerih bulan paling jernih.

Amalan puasa mencabar dan mengajar.
Terlimpah sepadat makna yang perih;
kita belajar dari derita yang pedih;
dan dalam bulan ujian terlalu garang
kita masih boleh mengutip kesejahteraan.
Dongak ke angkasa rahsia mengkhayali

lapisan sfera, ke kalbu tersentuhnya
kita, digundahi kekaguman luar biasa:
Bumi anugerah Allah dan terpilih kita
khalifahnya, datang yang dianugerahi,
boleh memberi, boleh juga memungkiri,
terpulang santun memilih atau menafi.

Bulan ini memangnya saat bertafakur,
bersedia memurni diri jika bersyukur,
kerana puasa yang menguji, menjelang
Idulfitri, nafas kudus menghening diri,
terbimbing ke batin lebih berhemah.
Terima kasih kita sepadu syahdu arah

yang memang datang seiring anugerah;
kerana manusianya kita, dan kerdilnya
di hadapan Allah, wajar bersyukurlah
setiap saat, sepurnama, penuh mekar
dalam debar, membaca setiap iktibar.
Kita beransur ranum dalam bulan mulia.

14-16 Oktober 2002

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to Ranum Ramadhan

  1. Zulakmar says:

    subhanallah. karya pak samad tidak pernah menghampakan saya malah terus menerus menyentuh qalbu, mengusik jiwa, memberi perasa dalam hidup. semoga Allah memberkati usaha dan usia pak samad. salam ramadhan.

  2. bloghok says:

    Selamat Berpuasa Semua

  3. Wak Domo says:

    Ya Tok,
    Ranumnya buah memandirkan spesies.
    Warnanya, baunya, dan nampaknya pun memikat,

    Bila ranum.

    Agar ia dipetik dek manusia,
    dan diterbangkan dek unggas
    untuk melatakan jenis diri
    di Bumi Allah. 

    Ya Tok,
    Di alam Flora pun ada persaingan.
    Namun, tiada mengumpat mencaci..
    Sik ada berkumpul rami-rami:
    Untuk membenci;
    Untuk dibenci
    Untuk memprovokasi;
    Untuk diprovokasi

    Atas nama Demokrasi.

    Ya Tok,
    Kita dijadikan berpuak-puak.
    Kita menjagakan bangsa kita pun tak salah –
    Asalkan kita tidak menindas, bahkan dituntut agama untuk berkerjasama dengan bangsa-bangsa lain:
    Sifat orang berilmu,
    Sifat orang beriman,
    Sifat orang bertaqwa..

    Meranumkan Negara.

    Ya Tok, Ya?

    Wassalaam

  4. ahmadyani says:

    Ini bulan pendidikan. Hanya orang yang mahu belajar akan menjadi ‘pandai’ pada bulan ini. Selamat berpuasa untuk semua terutama Pak Samad.

  5. Najharif says:

    bahasa yg sungguh indah Pak Samad..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s