“Oh” Dengarlah “Jeritan Batinku”

KETIKA ini sebenarnya saya sedang hanya bersama Merjah—hewan khayalan saya. Kami meninggalkan sedetik tasik warga hewan yang damai itu. Sekali ini kami tidak bersama kumpulan pipit, merpati, rusa, monyet, kambing dan, ya, sang buaya!

Memang saya bersama Merjah saja. Dan, di kafe mini di KLSentral.
Ada pesanan lara yang ingin saya sampaikan kepada wakil masyarakat hewan. Selama ini masyarakat insan tidak sedia menerimanya. Dan Merjah (yang wujud di mata saya dan ghaib di mata khalayak) sedia menerimanya.

Dengan mewabakkan penyakit “warga segera” (kata saya kepada Merjah), maka berertilah kerajaan Umbarnas hanya berfikir tentang manfaat terkininya semata. Kerajaan tampaknya seolah tidak selesa berfikir tentang kesan tindak cemarnya itu.
Ternyata, memang tidak cukup sekadar menyimbahkan “upahan segera” hampir ke setiap ceruk yang mudah terpujuk ternyata semakin galak dibudayakan. Orang memberi bukan ketika menjelang pilihan raya. Itu berbau rasuah. Orang berjanji ketika menjelang pilihan raya. Itu baru segak.

Kalau kita tidak menyanggah wabak penyakit kongkalikong ini, (kata saya kepada Merjah yang separuh Merak separuh Gajah) berertilah kita bantu menjangkitkan penyakit manipulasi kuasa. Kita tohor. Malah kita kotor! Sebab, kita bantu mencipta kuasa demi memulakan—kemudiannya melestarikan—budaya gelumang dosa.
Memang kini kita sudah pun sampai ke tahap kekalutan kuasa secemar-cemarnya.

Kerajaan Umbarnas terus degil—enggan melayan saranan Bersih. Mereka seolah-olah sangat yakin terhadap tindakan matlamat menghalalkan cara. Ya, kuasa itu nikmat.
Kata saya kepada Merjah: Cukuplah dekad kuasa elita bangsawan selama lebih lima dekad itu. Janji menyuburi ekuiti bangsa pun mereka gagal seburuknya? Malah keluhuran bahasa dalam Perlembagaan pun mereka langgari. Perlembagaan tidak murni? Dan banyak lagi senarai kebobrokannya. Mereka suburkan semangat kronisma senyala-nyalanya dan melahap dana negara seghairah-ghairahnya. Kita lalui lima dekad yang lahap!

Makanya, cubalah menjadi anak lelaki yang sedia memungkinkan tafsiran kuasa terbaru. Jengahlah bagaimana kini Kerajaan India menangangi skandal ala Scorpene-nya dan memperelok landas demokrasinya. Rata-ratanya yang bergerak itu golongan bawahan—paling utama Anna Harare! Mereka sedang mempercantik wajah dan mempermurni batin bangsanya. Tidak mustahil kelompok daripada golongan murbawan kita juga berupaya menyembuhkan penyakit lahap kuasa yang sedang meraja-raja itu. “Oh” dengarlah “Jeritan Batinku.”

Cukuplah dedekad kuasa elita bangsawan. Kini, benarkanlah pula upaya permulaan era kuasa murbawan untuk menerjemahkan erti kuasanya pula.

Hentikanlah cengkaman dan kesombongan lama. Belajarlah bersantun menerima pusaran nasib demi kebahagiaan bangsa.

Khusus kepada generasi muda, sedarlah kebobrokan ini. Jangan risaukan sangat orang lama; mereka memang sudah lebih awal termadu atau tercandu. Anda yang masih BERSIH!

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

9 Responses to “Oh” Dengarlah “Jeritan Batinku”

  1. Wak Domo says:

    Tok,
    Tok nak membersihkan hati
    Hati anak cucu Tok yang amat disayangi
    Tak apa! Kola tak membangkang
    Hanya kola ada sedikit ilmu yang digelar sains
    Katanya hati itu amat canggih
    Dipenuhi urat saraf yang berhubung terus dengan Nyawa,
    Dengan Ruh
    Apabila Tok membersih hati hati mereka…
    Kola khuatir makhluk makhluk halus mengambil kesempatan;
    Kesempatan untuk meruntuh jiwa jiwa yang masih suci murni itu.
    Bahkan mungkin terus memperkosakan Ruh Ruh yang masih Muslim itu!
    Mengguna-pakai nyawa nyawa mereka untuk menzalimi Rimba?

    Kola tak yakin, Tok 
    Merjah teman ghaib Tok itu boleh dipercayai
    Bukankah banyak saranan Allah di dalam al-Quran menyuruh kita berwaspada?
    Kerana rahsia rahsia alam ghaib itu kepunyaan Allah?

    Tok,
    Kola juga faham – yang paling asas bagi keimbangan akhlak Manusia adalah:
    1) Sifat Taat – terutama kepada Allah
    2) Sifat Tawadhuk – terutama di hadapan Allah
    3) Sifat Tauhid – terutama menjaga ke esaan Allah – tidak jatuh ke lembah syirik

    Tok,
    Jika cacat sala satu unsur unsur ini…
    ia boleh mensasarkan kita ke tidak teruan:
    Lupa membendung ego
    Lupa mengikat keangkuhan

    Justeru itu,

    Lupa wawasan
    Lupa impian
    Lupa tempat kelahiran
    Lupa kampung halaman
    Lupan teman sebenarnya

    Kola khuatir, Tok
    Jika ini yang berlaku hari ini
    Kepada Melayu pewaris Tok Hang Tuah;
    Kepada Muslim umat Muhammad (SAW);
    Kepada ulama Pewaris Nabi;
    Maka,
    Sia sialah kata kata Tok Hang Tuah,

    “Tidak Melayu hilang di Dunia”

    Dan terserlahlah sabda Hadis Nabi yang seketika di akhir zaman orang Islam jadi ratahan,
    bukan kerana sikit, tetapi ‘wahan’.

    Mungkinkah fenomena Hadis ini bermula di tanah air kita, Tok? 
    Apa nak buat, Tok?
    Orang Melayu, orang Islam tidak memandang kepada Islamnya teman,
    tetapi kepada politik dan falsafahnya, Tok…
    Kenapa, Tok?

    Tok begitu jugakah?

    Kola menangis, Tok…

  2. Wak Domo says:

    Tok,
    Tok berkata,

    “Cukuplah dedekad kuasa elita bangsawan. Kini, benarkanlah pula upaya permulaan era kuasa murbawan untuk menerjemahkan erti kuasanya pula.”

    Murbawan mana yang Tok maksudkan itu?

    Bagi kola,
    Kerajaan bak kan pakaian;
    Pakaian yang menutupi aurat rakyat:
    Agar rakyat kelihatan segak
    Agar rakyat kelihatan cantik
    Agar rakyat kelihatan profesional
    Atau rakyat memilih kezuhudan…?

    Apapun cita rasa yang dimahu
    rakyat mesti tahu
    memilih kain yang bersesuaian:
    – corak dan tenunan
    – juga bersih atau kotor.
    Tiada rakyat yang siuman inginkan kain kotor – sekotor kotornya…, ya, Tok?

    Puasa dah hampir setengah purnama, Tok
    Pasar dah rioh rendah dengan jualan Raya
    > Kain bagaimanakah kola nak pilih untuk Baju Melayu kali ini, Tok?

    Yang kola nampak ditaja penjaja penjaja baru…
    Kola sungguh terkeliru, Tok:

    • Ada kain yang benar benar diperbuat daripada najis;
    • Ada kain yang berlumur dengan najis;
    • Dan ada pula kain yang dah koyak rabak sulamannya!

    Yang mana hendak kola pilih, Tok?

    Bahkan kini almari pakaian kola sudah cukup;
    Hanya tidak lengkap.
    Tetapi itu disebabkan cita rasa kola sendiri…

    Bukan dipaksa!

    Tak apalah, Tok…

    Biarlah kola memakai Baju Melayu yang lama tu.
    Masih elok lagi.
    Lagipun ia dijahit isteri kola sendiri.
    Arwah ibu kloapun suka akan coraknya.
    Rasanya sejuk dan damai bila dipakai…

    Tak apalah, Tok, Ya?

  3. Wak Domo says:

    Tok,
    Kola rasa kola tahu kenapa Tok jauh berkelana…
    Tok bukan Tok yang kola kenali dulu…
    Kini Tok pandai mengelamun bersendirian dengan si Merjah.
    Sebabnya yang sebenar hanya Yang Maha Esa saja mengetahui,
    tetapi, boleh tak kola terka?

    Tok kata,

    “Malah keluhuran bahasa dalam Perlembagaan pun mereka langgari.”

    Inikah puncanya, Tok?
    Kalau tidak, kenapa Tok tekankan hujah dengan perkataan, “Malah”?

    Tok,
    Tok adalah tunggak sastera Negara
    Bahasa jiwa Bangsa
    Di manakah Bangsa tanpa Bahasa,
    tanpa Sasterawan?

    Pepatah Melayu ada berkata,

    “Jangan kerana nyamok seekor kelambu dibakar.”…

    Apa pun Tok,
    Kembalilah dari pengelanaan Tok itu

    Marilah kita bersama ber Hari Raya

    Kembalilah sebelum fajar Syawal terbit di ufuk matahari terbit

    Marilah kita bersama membaca Takbir memuji Yang Maha Esa,

    Mengimbas kemenangan Badar,
    Mengiktibarkan malapetaka Uhud.

    Tok tak payahlah pakai Baju Raya baru – tak sesuai!
    Sama samalah kita memakai Baju Melayu lama…
    Sudah tentu Tok nampak segak!

    Ya, Tok ya?

  4. suhaimi says:

    Tapi baju Melayu Johor tu dah kotor. Bertahi lalat dan ada najis cicak. Dah lusuh pulak tu. Jahitan kat ketiak dan kat kelangkang dah retas. Nanti kalau pakai… koyak, maka terhidu bau hangit; nampak benda yang tak patut nampak! Mana pulak segaknya? Tak ke malu kat kawan-kawan dan kat Tuhan.
    Eh, baju Melayu ada satu jenis lagi – baju Melayu cekak musang. Kita tukarlah, pakai baju Melayu cekak musang pulak. Tentu lebih segak daripada baju Melayu Johor yang dah lapuk tu.
    Pepatah melayu dulu tak kenal nyamuk seekor hari ni…nyamuk aedes tu! Nanti kena denggi, mati! Jadi nak bakar kelambu ke nak mati? Kalau dah bakar kelambu, tunggulah dengan sebaldi, atau beberapa baldi air… air kimia dan ditembak dengan meriam lagi! Tak le terbakar diri.
    Tapi kalau dah mati? Menjawab le dengan Tuhan – Aku taksub dengan baju Melayu Johor tu. Kena najis ke, dah lusuh ke, dah retas ke… aku tetap pilih baju Melayu johor tu.Mata dan hati aku dah buta sebelah, asyik nampak baju Melayu johor yang itu-itu jugak.

  5. Wak Domo says:

    Wah saudaraku Suhaimi, 

    Rupanya ada yang bersama,
    bersama ku, bersama Tok.
    Di Rimba nan syahdu,
    menghidu udara pagi yang sejuk.

    Menyegarkan…
    Tapi aku khuatir saudara Suhaimi masih terigau igau agaknya…
    Atau masih kepeningan lalat dek minum tuak dari negeri Kelate malam tadi,
    Atau keletihan kurang tidur, penat lelah selepas membersih teratak?
    Bukankah sama kita mula memakai Baju Melayu (Johor) tu?
    Sama kita jaga, kita lipat, kita simpan di dalam peti besi?

    Agaknya persepsi…
    Agaknya hanya di hati…
    Agaknya saudara bersembunyi…

    Cuba periksa semula. 
    Basuhkan muka dahulu
    Kalau boleh mandi seakan akan hadas besar;
    Solat tahajud…
    Jangan lupa witir. 
    Oh ya isytikarah juga…
    Semoga jiwa dan agama kita bersih. 

    Saudaraku,
    Di Rimba ini bukan kita sahaja,
    Sahabat Tok, si Merjah pun ada,
    Harimau jadian pun ada,
    Bahkan Singa jadian pun ada!

    Itulah, semasa mat salleh bermaharajalela di Rimba ini dulu…
    Ibu berkata mereka banyak mengguna bakti makhluk makhluk halus
    Sukar kita membenterasnya
    Mereka jahat sejahat jahatnya!
    Ada saudara kita jadi gila
    Ada saudara kita jadi tak siuman
    Ada saudara kita tak kenal diri
    Bahkan ada alpa bangsa, alpa agama!

    Berhati hatilah saudaraku
    Aku khuatir dirimu tersihir
    Terasuk nafas Singa jadian kata orang
    Tengok lagi Baju Melayu (Johor) engkau tu!
    Jangang ghairah kat Baju fesyen baru tu:
    Mungkin nampak cantik; tetapi mudah tercarik
    Mungkin tidak keramat – bisa menangkis sihir dan kerakusan haiwan haiwan jadian ‘tu…

    Lagipun masa dah singkat
    Kalau benarlah apa yang saudara katakan…
    Baju Melayu (Johor) mu…
    Baiki sajalah
    Baju Melayu aku masih elok lagi ni hah!
    Yang penting…
    Sama sama kita bertakbir di pagi Syawal nanti
    Mengimbas kemenangan Badar,
    Mengiktibarkan malapetaka Uhud.
    Bercerita tentang Tok Kenali, Tok Mat Kilau, Datu Patinggi Gapor, Tok Haji Mataim, dan
    ramai lagi – perjuangan mereka kita tidak ketahui…

    Kita buta tuli
    Menyebabkan kita begini
    Bercakar sesama sendiri

    Saudaraku Suhaimi…

    Wassalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

  6. Wak Domo says:

    Permisi Tok Samad, kola mahu menyelit di sini satu tulisan kola berbahasa mat salleh. Maaf tak sempat nak diterjemahkan. Apabila haiwan haiwan kejadian berhujah tentang ‘Brain Drain’ kola cuba mempamerkan watak dan akhlak mereka (sebenar?) yang kola fahami:

    “Wak (Domo) read a small book many years ago that I forgot the exact title and who the author was. Or was it just a student pamphlet for an anthropological or cultural course? Wak picked up the book or pamphlet from a Council Library in the States – that was when Wak was doing Wak’s post-graduate there. 

    Before Wak begins relating the content of the book, Wak would like to emphasize that I am not a racist. I am a scientist and an old man.

    It is this write up by ‘Dana Kay’ plus Wak’s browsing of the Internet on local political issues that triggered my memory of the book.

    The book was about Overseas Chinese (OC)[settlers]. Very interestingly the author compared the OC traits and characteristics to those of the honey bees. As bees are pollen and nectar seekers, these OC according to the author are money and adventure seekers. But they may not stop at just money and adventures; if they strike pots of gold and the indigenous population are rather docile and submissive they would usurp the local authority and build an overseas state for themselves.

    These OC are not colonizers per se like the Europeans were, but they actually assume ownership of the country or state – not just as its master. What happened to North America, where the Red Indians were displaced or marginalized by whites it started with an actual force of colonization by the British Empire. It only turned into an independent country after the Civil war. As for the OC, according to the book, they do not colonize by force and assume the mastership, but they set out initially to be engaged in commercial activities. Money and commerce are pollen and necter to these chinese bees. What follows next depends on the local condition and the ratio of the OC population compared to the indigenous. If they (OC) were still a minority and the local economic and political conditions were strong and stable they would be content to be involved in commerce only – bottom line. As a matter of fact in some situations they would allow themselves to be assimilated, even to the extent of losing their original identity. However, if the condition was otherwise, and the opportunity is too sumptious, then they may initiate steps and measures to assume ‘ownership’ of the country or state via the economic and political power. 

    As a scientist, The most interesting and surprising part to Wak was when the author compares the modus operandi of these OC to the bees behaviour. It’s so aptly matched that it latches like a door lock. 

    The author related thst bees fly around to seek for locales of pollen and nectars. A small swarm of ‘scout’ bees would fly out at first to survey the landscape. And, when their mission was successful some of them would go back to their homebase to inform the rest of the bees of the newly found sources of pollen and nectars. Then, a continuous drove of other bees would come to the scene later. If the locality is indeed very rich with the yummy and suitable for a long term source they would delineate the area for colonisation. And if there are other insects which had settled there earlier they would be attacked and driven out by these colonizing bees. Subsequently they would settle and build their own honey combs. These are natural behaviours of the more aggresive varieties of the bees which ‘sting on sight’. 

    Wak’s synthesis: What ‘Dana Kay’ writes here are typical laments of OC when they are in their ‘stinging’ state: Ill treatment, unequal opportunity, having to toil to make ends meet, prejudices, unfair job opportunities, rampant racism, a lack of professionalism in almost every level of society and industry, unfairness in education, lack of freedom to practise religion, and an unlistening and corrupt government. These are just portent stings they are preparing. When they see the opportunity to usurp power, they will start to sting. Indeed, if one cares to check, the economy of the country is actually in their hands; the rich are OC (the mansions and beautiful detached houses in Luak Bay Miri belong to OC); the wealthy are OC; academic advantages are with the OC. But, the possiblity is that they (the more aggressive ones) now see that the opportunity they have been waiting for is present. DSAI and PR is a possible stepping stone. They begin to sting. The stings (opposition onslaughts) are not selective but random. They are repetitive and quick. Whatever is exposed or can be exposed of the victim will be stung (politically berated). See the similarity with the actual bee stings?

    Now, let’s share Wak’s naive political considerations: On the PR coalition, seemingly – as noted by seasoned political observers – PAS, a staunch Islamic party which has existed for about 50 years, is ‘falling apart’ to the stings of DAP. As for PKR, it is considered as a non entity – it will succumb in no time to DAP i.e., as soon as the latter gets what it wants. One Must Observe political phenomenon-to-be is Babat’s proposal of a union between a Sarawak Dayak Party with DAP. This should be interesting if materialized. It is a dream come true for DAP. But how this union lasts will be something to watch for. Can the Sarawak Dayaks, known for their raw fighting spirit match the OC survival instincts?

    The biological genes and ‘brain genes’ of the OC had undergone a more than two thousand years of strifes and struggles. Their survival traits and energy are just too far ahead of the Malays, Dayaks, Kadazans etc. They have been nurtured biologically to outdo and take over leadership. The energy is just too strong. It’s not surprising that the more aggressive and impatient OC would prefer to remigrate rather than succumb to what they consider as existence of mediocrity (cf. ‘Dana Kay’, http://hornbillunleashed.wordpress.com/). For they are basically… Adventure Seekers.”

  7. aida says:

    MERJAH-yang separuh merak,separuh gajah.
    andai anda membaca bait kata ini,
    harap mengikhlaskan saya menggunakan MERJAH,
    ianya tepat untuk hati saya ini,
    akhirnya,
    ketemu juga,
    mungkin pengertian kita tentang siapa dan apa MERJAH adalah jauh dari kesamaan,
    tapi saya percaya,
    Pak Samad tentu lebih mengetahui,
    bagaimana ilham dan kata yang lahir dari jiwa-jiwa baru,
    seperti memberi nyawa dan ketenagan abadi pada saya,
    jauh dari haru-biru lampu-lampu neon,
    saya memilih untuk tinggal disini,
    mendedahkan MERJAH yang selama ini tersembunyi di dalam jiwa berdebu.
    Andai anda membaca ini,harap anda mendoakan langkah saya,

    ikhlas dari saya
    -aida-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s