Kepada Cendekia Solidar

Kita wajar ikhlas murnikan sumber kuasa bangsa,
menghakis label-label bongkak yang disusup puaka.
Kini para bangken sedang berlindung di sebaliknya
dengan media gergasi pertajam taring dustanya.
 
Cendekia muda kini tenaga tulus dan waja
semakin cekal bangkit sebagai wewira perobah.
Mereka tentangi kuasa cemar berlendir dosa,
berazam melawannya demi mengharum satu era.
 
Pening gas dan pedih air mencemar dekad merdeka;
kuasa bobrok ghairah merongrong demokrasi luka.
Kita wajar mensyahdukan benih kuasa yang sakti,
dan dengan khusyuk mendeklamasi puisi berani.
 
Senja ini lara, dan kita tetap menyembuhkannya.
Ya, kita dakapi demokrasi tulen seakrabnya.
 
6—7, Ogos, 2011.                       A. SAMAD SAID

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

8 Responses to Kepada Cendekia Solidar

  1. Wak Domo says:

    Tok,
    Pensilat waras membuka tapak langkah berhati hati
    Melihat ke kanan menjeling ke kiri
    Hasrat Tok ‘tu murni
    Tetapi tidak kah Tok menaruh curiga di hati,
    cemburu…
    Kok langkah di dalam gelap terpelecok di lubang puaka?

    Ibu kola ada berpesan, Tok
    Jangan merayau di waktu senja
    Agaknya cahahayanya terlalu samar?
    Endak!
    Rupa rupanya di waktu itulah makhluk jadian,
    terutama Singa Jadian mencari mangsanya, Tok

    Tunggulah Tok ya
    Jika nak melangkah dengan seribu kata
    Jika nak bersilat seribu bunga
    Tunggulah Tok
    Sehingga sang Suria memancar dine hari esok?
    Didiklah para cendekia solidar Tok ‘tu…

    Bersabar – berzikir, bersolat dan jangan lupa menatap kisah kisah Tok Kenali, Tok Mat Kilau, Datu Patinggi Gapor, Tok Haji Mataim dan ramai lagi pejuang Buana Melayu

    Kelak
    Besar kemungkinan masih cerah harum segar…
    Rimba melati raya ini
    dan, Pendekar Buana Melayu masih menjadi lamaran dek rakyat Gagasan Tanah Melayu –
    Tak kiralah…
    Bangsawannya atau murbawanya kah…

  2. ahmadyani says:

    Dinding pelindung si bongkak semakin reput. Bila-bila masa akan runtuh. Usaha untuk mengukuhkannya hanya kerja sia-sia. Wira muda yang hatinya penuh tulus ikhlas dan sabar akan mencepatkan keruntuhannya.

  3. Luqman Hakim says:

    kepada Wak Domo.. boleh kau bagitau aku, masa dan ketikanya.. Sang Suria itu akan muncul?.. aku penat menunggu semenjak aku dari buaian lagi

  4. bloghok says:

    wa domo-kahkahkah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s