ELEGI SUNGAI

(i)
Pernahkah kita terdengar
jerit nyilu sungai lesu,
bisik sedu penuh ragu,
raung pilu alam syahdu?

Sungai—alir air bersih,
titis awal embun jernih;
senyum sedih rintih pedih
khazanah bumi kekasih.

Kini sungai menggeletar—
memo rindu tak terhantar;
jerit setulus insani
mengharap seghairah hati.

Pernahkah kita terdengar
berita sedahsyat itu?

(ii)
Telah sebal manusia?
Sungai, sahabat akrabnya,
dicemar segagap gugup
dijerkahnya usah hidup.

Sungai dimuntah kotoran,
cungap oleh kemusnahan;
tragedi alam-insan
wajarlah diperhatikan!

Pernahkah kita mendengar
tangisan sungai tercabar?
Pernahkah kita bertindak
menyembuh sungai tersedak?

Pernahkah kita terdengar
rintihan sesebu itu?

(iii)
Setitis embun nan dini,
mengerdipkan batin sungai;
sehajatnya sanubari
agar seindah tercapai.

Terbenihlah keinsafan
sungai kekasihnya insan;
agar berdakapan mesra
alam serta manusia.

Terdengarkah lirik khabar
senandung sungai terkelar?
Kini sayang serta rindu
sungai dan insan bersyahdu.

Pernahkah kita terdengar
khabar yang seindah itu?

A. SAMAD SAID
10 Mac—21 Julai, 2011.

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to ELEGI SUNGAI

  1. Wak Domo says:

    Mengalirnya sungai, tetap mengalir
    Selagi ada tinggi-rendahnya Bumi terhampar
    Mana mungkin mengalirnya sungai jika Bumi mendatar?
    Burung tempua sememangnya bersarang rendah

    Bersihnya air mengalir menyejukkan mata
    Mensyahdukan hati;
    Namun otak berkata, bertanya
    Apakah di hati air ada sebati?
    Lalu di analisa sains,
    Di cerna teknologi hati air yang dikatakan sejati…

    Rupa adanya sebati di dalam air yang tampaknya jernih
    Sebati terresap para mineral yang boleh merosakkan buah pinggang, pundi…
    Waduuuh! Di mana air nya sungai…

    Air yang benar benar jernih?
    Air yang benar benar suci?
    Air yang benar benar bersih?

    Sungai oh sungai…

    Tunggulah Sang Embun
    di dine hari
    Insya-Allah,
    ia pasti akan turun lagi
    Tanpa dendam, tanpa benci –
    Menyejuk segala hati
    Di Rimba iniMengalirnya sungai, tetap mengalir
    Selagi ada tinggi-rendahnya Bumi terhampar
    Mana mungkin mengalirnya sungai jika Bumi mendatar?
    Burung tempua sememangnya bersarang rendah

    Bersihnya air mengalir menyejukkan mata
    Mensyahdukan hati;
    Namun otak berkata, bertanya
    Apakah di hati air ada sebati?
    Lalu di analisa sains,
    Di cerna teknologi hati air yang dikatakan sejati…

    Rupa adanya sebati di dalam air yang tampaknya jernih
    Sebati terresap para mineral yang boleh merosakkan buah pinggang, pundi…
    Waduuuh! Di mana air nya sungai…

    Air yang benar benar jernih?
    Air yang benar benar suci?
    Air yang benar benar bersih?

    Sungai oh sungai…

    Tunggulah Sang Embun
    di dine hari
    Insya-Allah,
    ia pasti akan turun lagi
    Tanpa dendam, tanpa benci –
    Menyejuk segala hati
    Di Rimba keramat ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s