LANGKAH LESTARI

Sejak subuh ini resah mendera qalbuku
mendengar nafas bumi yang cuba syahdu.
Di tengah rimba aku tekun menyanggah lara,
mewarasi setiap suara derita atau rianya. 
Subuh ini seluhur tekad kupadu qalbu
kerana terdengar rimba masih juga diganggu.
Dan walau anak rimba cuba tulus menyanyi
taring haloba masih bengis menoda bumi.
Di mana lagi dapat kuhirup udara yang murni,
setiap detik, dan serentak, terhidu elegi bumi?
Di sini—dedaun bersyair kepada leluhurnya,
bunga rimba cuba menari depan keluarganya.

Walau sungai serahsianya masih merdu mengalir,
kembaranya tetap resah di sisi ikan yang getir.
Dan kita mula terdengar suara rindu abad lalu,
menyerap gelak mewaras sedu, segala yang pilu.
Kita tidak akan rela berganjak mendakap alam
khusus ketika ia sedang terus terdera kejam;
kita tak rela dengar rintih rimba yang murung;
atau menyerap tangis dedaun dan sedu burung.
Kita berazam cekal berlawan di qalbu rimba
memanfaat setiap kitab lara dan buku sengsara.
Dan dengan sederap rentak dan sesyahdu suara
kita tetap bertekad melindungi rimba terdera.

Kau yang pendera usah berhelah atau berpura
kerana sedalam kuburmu rimba akan membela.

(A. Samad Said)

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

8 Responses to LANGKAH LESTARI

  1. tmoz says:

    subhanallah.

  2. Manan Qayyim says:

    Pak Samad,
    bahasa dalam karya ini mendalam maksudnya…
    Kalau tafsiran saya tidak silap..
    Ini berkenaan dunia dan negara kita sakarang.. Betul kah?

    Satu perkara lagi… Izinkan saya untuk siarkan sajak ini dalam blog saya… boleh kah?

  3. Nor Syazwani Kamaludin says:

    sedalam kuburmu rimba akan membela; jika diterima, jika tidak jadilah seperti Mustafa Kemal Atatürk. Tiada daya dan upaya kecuali dengan keizinan Allah.

  4. cik teddy says:

    alam semulajadi yang makin punah dirakus manusia..kadang2 tertanya..adakah alam dicipta hanya untuk dihancur?tanya pada jasad,kepala mengangguk..tanya sama hati,terasa tak sanggup..mana jalan penyelesaian,hati n kepala tertunduk -,-

  5. adi herman says:

    teramat bermakna syair pak samad ini. saya terkedu seketika mendengar pak samad mendeklamasikan sajak ini dengan bersahaja tapi penuh makna. izikan saya juga menyebarkan sajak ini di dalam blog saya juga, agar kawan2 yg lain juga dpt menerima mesej yang sama, seperti yang saya terima tadi…

  6. Noura says:

    Indah..Indah..Indah..

  7. Ying says:

    Pak Samad, this is beautiful. Indahnya karya dan ertinya!

    This can be interpreted so many ways to me, about the earth and it’s decay, about a nation and its people, about being oppressed and relief – if my interpretation is correct!

    But this is beautiful work, this is a Malaysian heritage – my heritage as well🙂

  8. First Timer says:

    Sungguh bertuah dapat mendengar bacaan puisi yang begitu mendalam maksudnay buat saya. Terima kasih kerana terus membela rimba yang terdera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s