About

A. SAMAD SAID dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Dia menerima pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946), Victoria Institution sehingga memperolehi Sijil Senior Cambridge (1956). Pencapaian dan sumbangan Samad Said dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemerintah apabila pada 29 Mei 1976 bersama beberapa pengarang lain beliau telah diiktiraf sebagai Pejuang Sastera.

Tahun 1979 turut memberi erti pada Samad, apabila beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel Anugerah Sastera dan dalam tahun yang sama beliau telah memenangi Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award). Kemuncak pencapaian Samad sebagai sasterawan ialah apabila beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Sastera Negara 1985. Dalam majlis penganugerahan itu telah dipentaskan sedutan drama terbaru A. Samad Said berjudul Wira Bukit. Dalam bidang penulisan, A. Samad Said turut menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

*Data Biografi Dari e-Sastera

Senarai Karya

Novel

  1. Salina – 1961
  2. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja (1966)
  3. Sungai Mengalir Lesu (1967)
  4. Keledang (1978)
  5. Adik Datang (1978)
  6. Di Hadapan Pulau (1978)
  7. Langit Petang (1980)
  8. Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri (1982)
  9. Daerah Zeni (1985)
  10. Hujan Pagi (1987)
  11. Cinta Fansuri (1994)

* Ada dua novel baru yang sedang diusahakan oleh Pak Samad

Puisi

  1. Benih Harapan (1973)
  2. Daun Semalu Pucuk Paku (1975)
  3. Balada Hilang Peta (1991)
  4. Al-Amin (1999)
  5. Suara Dari Dinding Dewan (2003)
  6. Dirgahayu Dr.Mahathir (2004)
  7. Rindu Ibu (2004)
  8. A. Samad Said (2005)
  9. Ramadhan (Belum Terbit)
  10. Pantun Endon (Belum Terbit)
  11. Rindu Ibu Ilustrasi (Belum Terbit)

Drama/Teater

  1. Di Mana Bulan Selalu Retak (1970)
  2. Wira Bukit (1986)
  3. Lazri Meon (1990)
  4. Lantai T. Pinkie (1992)
  5. Memori Di Hadapan Pulau (2003)
  6. Monolog Di Hadapan Pulau (2004)
  7. Salina (Belum Terbit)
  8. Rindu Ibu (Muzikal – Belum Terbit)

Puisi/Cerpen

  1. Liar Di Api (1960)
  2. Daun-daun Berguguran (1960)

Warkah/Kembara

  1. Warkah Kepada Salmi Manja (1965)
  2. Diari Kembara (1989)
  3. Warkah Eropah (1991)
  4. Kembara Bumi Kenyalang (1998)

Antologi Esei

  1. Tangan Yang Simpatik (1980)
  2. Dari Salina Ke Langit Petang (1987)
  3. Antara Bulan Dan Wira (1989)
  4. Ilham Di Tepi Tasik I (2006)
  5. Ilham Di Tepi Tasik II (Belum Terbit)

Antologi Cerpen

  1. Debar Pertama (1963)
  2. Daun-Daun Berguguran (1962)
  3. Hati Muda Bulan Muda

Novel Kanak-kanak

  1. Bendera Merah Di Atas Bukit (1968)
  2. Mengejar Tetamu Di Waktu Senja (1968)
  3. Yang Berat Sama Dipikul (1968)
  4. Jangan Ikut Jalan Ini (1968)
  5. Rumah Rahsia (1968)
  6. Antara Kabus Ke Kabus (1980)
  7. Jalan Retak (1980)
  8. Di Simpang Jalan (1980)
  9. Salina – Edisi Remaja (Belum Terbit)

Karya Terjemahan

  1. Lazy River (1981)
  2. Morning Post (1989)
  3. Salina (1987)
  4. Ballad Of The Lost Map (1992)
  5. Between Art & Reality (1994)
  6. T. Pinkie’s Floor (2003)
  7. Fansuri’s Love
  8. Whispers Of Colours (2009)
  9. 68 Ginkgo Sonets (2010)

Karya Lakaran

  1. 68 Sonata Pohon Ginkgo (2009)
  2. Bisik Warna (2009)
  3. Kata Luhur (2010)

3 Responses to About

  1. Faizal says:

    Salam
    Sekadar menyampai salam.
    Ingin mengundang Pak Samad ke perak bersama mencurah pengalaman hidup dan menguat semangat buat pelajar di KISDAR.

    Mohon respon jika berkelapangan di bulan Zulhijjah ini.

    Salam.

  2. Wani Ardy says:

    Salam, Pak Samad

    Saya bukan siapa-siapa untuk bersuara bagi pihak semua, namun saya harap Pak Samad tahu betapa kami karyawan Malaysia, penulis Malaysia, guru Malaysia – SubhanAllah – begitu kasihkan Pak Samad dari lubuk hati kami yang paling dalam. Satu-satu hadiah terbaik kami buat Pak Samad adalah doa kami hari-hari, agar Pak Samad sihat sejahtera di bawah lindungan Allah, serta kami panjatkan syukur kerana dipinjamkan nafas untuk melihat Pak Samad dengan mata kepala kami sendiri di zaman ini, yang mana akan kami ceritakan pada anak cucu kami di zaman seterusnya. InsyaAllah. Amin.

    Anak Malaysia,
    Wani Ardy

  3. Bomoh Hujan says:

    “Telo angsa putih bertelor pagi” bagitu lah gelaran yang di berikan oleh Bomoh Hujan kepada sosok yang yang terlalu jarang dapat di temui. Aku bangga dapat mengikuti mu dari jauh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s