Author Archives: samadsaid

About samadsaid

Writer

Advertisements

Posted in Uncategorized | 4 Comments

LANGKAH LESTARI

Sejak subuh ini resah mendera qalbukumendengar nafas bumi yang cuba syahdu.Di tengah rimba aku tekun menyanggah lara,mewarasi setiap suara derita atau rianya. Subuh ini seluhur tekad kupadu qalbukerana terdengar rimba masih juga diganggu.Dan walau anak rimba cuba tulus menyanyitaring haloba masih … Continue reading

Posted in Uncategorized | 8 Comments

Kata Luhur

Lukisan-lukisan Continue reading

Link | Posted on | Leave a comment

PESTA MUZIK BESAR DI LANGKAWI (I)

PADA 10 November (Khamis) walaupun berangkat terlewat 40 minit kami sekeluarga mendarat selesa di Lapangan Terbang Langkawi. Wakil penganjur One Earth Music Festival sudahpun menunggu dengan van selesanya. Inilah kali kedua saya tiba di pulau lagenda ini selepas satu dekad. … Continue reading

Posted in Uncategorized | 2 Comments

Tapak Yang Luhur

TAPAK YANG LUHUR (Istimewa buat Dr. Burhanuddin Al-Helmy)   Bertapak atas batas yang luhur bersumpah lidah sufi tersohor, disedarkannya lara bangsa waja dirangsang tepis membantah.   Awal lagi semangat bernyala dihembus bara merdeka bangsa. Pagi ke malam berjuang tegap di … Continue reading

Posted in Uncategorized | 3 Comments

Malam Doa

Kita mengesani kembali kisah syahdu Israk dan Mikraj, tekun meniliti ketakjuban Nabi sepenuh hayat; kita semak setiap ayat dan masuk khusyuk ke dalamnya, mengangkat iktibar permata, bergetar dalam pesannya. Kita dirangsang terus beribadah tulus kepada Allah. Siang yang memberi kita … Continue reading

Posted in Uncategorized | 1 Comment

Aidilfitri Mesra

Datanglah lagi ujian – kita semakin didewasakan. Wirid terdengar nyaring walau dalam kesenyapan. Kita hayati hikmah antara tasbih dan solat malam, berdamai atas sejadah, khusyuk taat depan al-Quran; nafas kita semakin wangi oleh ranum pembacaan. Dalam kerlip serba indah kita … Continue reading

Posted in Uncategorized | Leave a comment