Author Archives: samadsaid

About samadsaid

Writer

Ramadhan Wangi

Kemarau – ujian yang genting ini – paling keras mengguris; ia memimpin ke iman syahdu, merangsang ke tulus qalbu. Dengannya detik dugaan mula menghiris – titis menitis. Di situ juga bulan mengambang senyuman sedikit pucat seperti sengaja bertamsil mewangi Ramadhan … Continue reading

Posted in Uncategorized | 1 Comment

ELEGI SUNGAI

(i) Pernahkah kita terdengar jerit nyilu sungai lesu, bisik sedu penuh ragu, raung pilu alam syahdu? Sungai—alir air bersih, titis awal embun jernih; senyum sedih rintih pedih khazanah bumi kekasih. Kini sungai menggeletar— memo rindu tak terhantar; jerit setulus insani … Continue reading

Posted in Uncategorized | 3 Comments

Butir Zikir, Gugus Surah, Rangkai Tasbih

BULAN Ramadan sejak 2009 menghadiahi saya masa bersyahdu. Beransur tahun, alhamdulillah, saya semakin tersyahdu olehnya. Ada sebabnya. Pengalaman mendadak menemui Haji Ramli Al-Fadil pada musim haji lalu membenihkan sejenis kekhusyukan. Beliau menghadiahkan saya beberapa butir zikir yang semakin mendakap. Katanya, … Continue reading

Posted in Uncategorized | 10 Comments

Kepada Cendekia Solidar

Kita wajar ikhlas murnikan sumber kuasa bangsa, menghakis label-label bongkak yang disusup puaka. Kini para bangken sedang berlindung di sebaliknya dengan media gergasi pertajam taring dustanya.   Cendekia muda kini tenaga tulus dan waja semakin cekal bangkit sebagai wewira perobah. … Continue reading

Posted in Uncategorized | 8 Comments

“Oh” Dengarlah “Jeritan Batinku”

KETIKA ini sebenarnya saya sedang hanya bersama Merjah—hewan khayalan saya. Kami meninggalkan sedetik tasik warga hewan yang damai itu. Sekali ini kami tidak bersama kumpulan pipit, merpati, rusa, monyet, kambing dan, ya, sang buaya! Memang saya bersama Merjah saja. Dan, … Continue reading

Posted in Uncategorized | 9 Comments

Ranum Ramadhan

Fajar harum, bermula salam dalam udara yang mengkhusyukkan. Semuanya tiba terhampar dalam sepi bermusim sabar: Hati dan budi didakap tulus oleh solat, dalam gementar yang sentiasa syahdu. Dalam nafas jerih bulan paling jernih. Amalan puasa mencabar dan mengajar. Terlimpah sepadat … Continue reading

Posted in Uncategorized | 6 Comments

Bersih, Bersih…Kasih, Kasih!

SENJA itu barulah masyarakat hewan di tasik indah tersebut dapat berhimpun semula. Seperti biasa, setelah enak mandi di tasik, Merjah yang sampai dulu. Entah bagaimana burung merpati yang bertiga itu sempat melakar warna dan kata pada badan Merjah sehingga terbentuklah … Continue reading

Posted in Uncategorized | 13 Comments