Jualan Lukisan-lukisan
Sila layari www.kataluhur.blogspot.com-
Kedua-dua buku diatas:
RM30 Semenanjung Malaysia
RM35 Sabah/Sarawak
(Harga termasuk pos)
Setiap naskhah ditandatangani oleh Pak Samad
E-mel: helmysamad@gmail.com
RM25 Pos Biasa Sem.Malaysia
RM28 Poslaju
RM30 Pos Laju Sabah/Sarawak
Email: Helmysamad@gmail.com
171 mukasurat - Kulit Keras
Ditandatangani oleh Pak Samad.
Novel Keledang - Keledang mengisahkan mengenai pengalaman getir dan cemas - tapi penuh harapan - sekumpulan penduduk kampung yang terjebak dalam cengkaman penjajahan Jepun. -
Recent Posts
Archives
Categories
Meta
Blogroll
Category Archives: Uncategorized
LANGKAH LESTARI
Sejak subuh ini resah mendera qalbukumendengar nafas bumi yang cuba syahdu.Di tengah rimba aku tekun menyanggah lara,mewarasi setiap suara derita atau rianya. Subuh ini seluhur tekad kupadu qalbukerana terdengar rimba masih juga diganggu.Dan walau anak rimba cuba tulus menyanyitaring haloba masih … Continue reading
Posted in Uncategorized
8 Comments
PESTA MUZIK BESAR DI LANGKAWI (I)
PADA 10 November (Khamis) walaupun berangkat terlewat 40 minit kami sekeluarga mendarat selesa di Lapangan Terbang Langkawi. Wakil penganjur One Earth Music Festival sudahpun menunggu dengan van selesanya. Inilah kali kedua saya tiba di pulau lagenda ini selepas satu dekad. … Continue reading
Posted in Uncategorized
2 Comments
Tapak Yang Luhur
TAPAK YANG LUHUR (Istimewa buat Dr. Burhanuddin Al-Helmy) Bertapak atas batas yang luhur bersumpah lidah sufi tersohor, disedarkannya lara bangsa waja dirangsang tepis membantah. Awal lagi semangat bernyala dihembus bara merdeka bangsa. Pagi ke malam berjuang tegap di … Continue reading
Posted in Uncategorized
3 Comments
Malam Doa
Kita mengesani kembali kisah syahdu Israk dan Mikraj, tekun meniliti ketakjuban Nabi sepenuh hayat; kita semak setiap ayat dan masuk khusyuk ke dalamnya, mengangkat iktibar permata, bergetar dalam pesannya. Kita dirangsang terus beribadah tulus kepada Allah. Siang yang memberi kita … Continue reading
Posted in Uncategorized
1 Comment
Aidilfitri Mesra
Datanglah lagi ujian – kita semakin didewasakan. Wirid terdengar nyaring walau dalam kesenyapan. Kita hayati hikmah antara tasbih dan solat malam, berdamai atas sejadah, khusyuk taat depan al-Quran; nafas kita semakin wangi oleh ranum pembacaan. Dalam kerlip serba indah kita … Continue reading
Posted in Uncategorized
Leave a comment
Ramadhan Wangi
Kemarau – ujian yang genting ini – paling keras mengguris; ia memimpin ke iman syahdu, merangsang ke tulus qalbu. Dengannya detik dugaan mula menghiris – titis menitis. Di situ juga bulan mengambang senyuman sedikit pucat seperti sengaja bertamsil mewangi Ramadhan … Continue reading
Posted in Uncategorized
1 Comment
ELEGI SUNGAI
(i) Pernahkah kita terdengar jerit nyilu sungai lesu, bisik sedu penuh ragu, raung pilu alam syahdu? Sungai—alir air bersih, titis awal embun jernih; senyum sedih rintih pedih khazanah bumi kekasih. Kini sungai menggeletar— memo rindu tak terhantar; jerit setulus insani … Continue reading
Posted in Uncategorized
3 Comments
Butir Zikir, Gugus Surah, Rangkai Tasbih
BULAN Ramadan sejak 2009 menghadiahi saya masa bersyahdu. Beransur tahun, alhamdulillah, saya semakin tersyahdu olehnya. Ada sebabnya. Pengalaman mendadak menemui Haji Ramli Al-Fadil pada musim haji lalu membenihkan sejenis kekhusyukan. Beliau menghadiahkan saya beberapa butir zikir yang semakin mendakap. Katanya, … Continue reading
Posted in Uncategorized
10 Comments