Mandi Rasuah

Dia mula mandi air rasuah
konon dari pancur air amanah.
Dia bersihkan (atau kotorkan)?
Yang penting dia bermandi
bawah pancur harta dan kuasa.

Dia luaskan dewan layandiri
berlatih menjual apa saja—
rumah, tanah, ekuiti, maruah.
Dia menyanyikan lagu ringgit
bagi kelompoknya yang buncit.

Setiap tahun dia galak bertani,
menyuburkan slogana itu-ini.
Apa sajalah asal dipercaya.
Rakyat yang dilatih berasuah
mula nyanyi lagu-lagu dosa.

Dia dipupuk menjadi peniaga
demi untung, deminya saja.
Dia diasuh menghitung ringgit,
dijanji harta sungai dan bukit
tanpa ilmu pun dia tetap bangkit.

Dia tergalak bermandi air rasuah.
Kita bahagia, kita bersih, jeritnya.

—A. SAMAD SAID.

About samadsaid

Writer
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

11 Responses to Mandi Rasuah

  1. Regina Lim says:

    Such beautiful words, aptly describe the state of our current affairs.

  2. hamdan says:

    assalamualaikum tansri..

    puisi ini sgt bagus.. jelas, ringkas dan amat berbahasa. abg geram likes this.. hehe

  3. itulah hakikatnya.. bila manusia lagha. lupa mereka dicipta, bukan pencipta dan hidup mahu dipuja walhal kita di sini bermandi noda

  4. begitulah dunia akhir bapak..

  5. hubbiey says:

    jelas,ringkas dan padat.

  6. mhmdizvn says:

    Indah perkataan-perkataan yang mengungkap situasi negara yang parah..

  7. MyHeart says:

    bila iman sudah tiada, inilah bahana, tiada lagi kenal pahala dan dosa, yg penting nikmat dunia, tergapai sudah, apakan jadi diakhirat sana bukan lagi perkara utama, nista dan auta sudah subur berleluasa, mungkin itu tanda dunia kian tua…

  8. Mohammad says:

    Terima kasih tuan diatas karya ini..

    mohon izin untuk hamba berkongsikan puisi karangan tuan ini untuk dijadikan tatapan bagi sekalian sahabat handai di halaman FB hamba…

  9. norhasanin says:

    Saya juga mohon kongsi di FB.
    Moga jerit seni masih didengari.
    Terima kasih saya dahulukan.

  10. Amryl says:

    Penggunaan perkataan yang mudah, susunan ayat yang cantik. Lagi utama, bayangannya begitu jelas…

Leave a comment